Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Newcastle terus buru James Maddison

Buat tawaran kedua bernilai £40 juta - £50 juta untuk beli James Maddison dari Leicester
Aug 03, 2022 | 06:25 AM



LONDON: Newcastle United telah membuat tawaran kedua kepada Leicester City untuk membeli James Maddison.



Tawaran pertama, bernilai sekitar £40 juta ($67 juta) telah ditolak oleh Leicester, dengan pengurusnya Brendan Rodgers berkata Maddison, 25 tahun dan pemain nasional England tidak akan dijual.



Difahami, tawaran kedua dari daripada Newcastle ini bernilai antara £40 juta dengan £50 juta.



Maddion, yang pernah menyarung jersi Coventry, menyertai Leicester dari Norwich City pada 2018 dengan harga £20 juta.



Pengurusnya, Eddie Howe, ingin memperkukuh barisan depan pasukan itu, selepas ia gagal mendapatkan khidmat Hugo Ekitike, yang telah berpindah ke Paris St-Germain dari Reims.



Maddison mempunyai baki dua tahun dalam kontrak dengan Leicester, selepas beliau melanjutkan kontrak pada 2020.



Media Britain semalam berkata adalah belum jelas sama ada pemain midfield kreatif itu bersedia untuk menyertai Newcastle.



Buat masa ini, Newcastle hanya baru membeli seorang pemain barisan depan, iaitu bekas pemain Burnley, Chris Wood.



Selepas kelab bergelar Magpies bertukar pemilik pada Oktober lalu, ia telah membeli tiga pemain - pemain pertahanan Sven Botman dan Matt Targett, serta penjaga gawang Nick Pope - dalam tempoh pindahan pemain pada musim panas ini.



Newcastle kini dimiliki konsortium kaya-raya yang sebahagian besarnya dimiliki Arab Saudi.



Difahami, kelab itu sedang dalam perbincangan untuk membeli dua lagi pemain barisan depan sebelum tempoh pindahan pemain ditutup pada hujung minggu ini.



Pemain sayap dari Chelsea, Timo Werner, dilaporkan, antara pemain yang sedang menyertai perbincangan itu, dan mungkin diumumkan sebagai pemain Newcastle pada minggu ini.



Werner, yang berasal dari Jerman, dijangka menyertai Newcastle sebagai pemain pinjaman, walaupun gaji beliau yang lumayan mungkin mengadang pindahan itu.



Namun, Chelsea, yang baru-baru ini memperoleh bekas pemain Manchester City dan bintang England, Raheem Sterling, dikatakan ingin menjual pemain-pemainnya untuk membiayai pembelian itu.



Dalam pada itu, bekas pemain Juventus dan Arsenal, Aaron Ramsey telah menyertai kelab Liga Satu Perancis, Nice.



Ramsey, 31 tahun, menyertai kelab itu sebagai ejen bebas selepas kontraknya dengna Juventus ditamatkan pada bulan lalu.



Sebelum ini, beliau telah dikaitkan dengan kelab-kelab yag pernah diwakilinya, iaitu Cardiff City dan Nottingham Forest.



Warga Wales itu difahami mengakhiri kontrak dengan Juventus kerana memburu lebih banyak masa permainan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar yang bermula pada November nanti.



Seorang lagi bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas pula telah menyertai kelab Serie B Italy, Como.



Fabregas, 35 tahun, menyertai kelab itu sebagai ejen bebas selepas kontraknya dengan Monaco luput pada Jun lalu.



Coom kini dipimpin oleh bekas pemain England, Dennis Wise, yang mendukung jawatan Ketua Eksekutif. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >