Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Neymar akan didakwa tipu, rasuah semasa berpindah ke Barca

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



BARCELONA: Bintang bola sepak Brazil, Neymar (gambar), akan menjalani perbicaraan minggu depan atas tuduhan menipu dan rasuah, berhubung pemindahannya ke Barcelona dari Santos pada 2013.



Pihak yang mengheretnya ke mahkamah, firma pelaburan DIS, berkata ia sedang menuntut hukuman penjara lima tahun.



Selain Neymar, ibu bapanya, dua bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell, serta bekas presiden Santos, Odilio Rodrigues, juga terbabit.



Kumpulan itu akan menyertai perbicaraan yang dijangka bermula di Barcelona Isnin nanti.



Kes itu timbul selepas DIS - yang memiliki 40 peratus hak ke atas Neymar semasa beliau mewakili Santos - membuat aduan bahawa ia kerugian dari segi kewangan kerana nilai sebenar pemindahan Neymar dari Santos ke Barcelona tidak didedahkan keseluruhannya.



Neymar, yang menjadi anggota tunggak pasukan Brazil yang bakal beraksi di Piala Dunia di Qatar pada bulan depan, telah menafikan segala tuduhan itu.



Namun rayuannya agar kesnya itu digugurkan ditolak Mahkamah Tinggi Sepanyol pada 2017, membuka laluan kepada perbicaraan minggu depan.



Peguamnya, Baker McKenzie, yang turut akan membela keluarganya dalam perbicaraan itu, berkata beliau akan mengeluarkan hujah yang menyatakan mahkamah di Sepanyol tidak berkuasa ke atas kes ini kerana perpindahan pemain itu melibatkan warga Brazil di Brazil.



Pihak pendakwa di Sepanyol mahukan hukuman penjara dua tahun dan denda 10 juta euro ($13.9 juta) bagi Neymar.



Mereka juga mahukan hukuman penjara lima tahun bagi Rosell dan denda 8.4 juta euro bagi Barcelona.



DIS juga menuntut hukuman penjara bagi Rosell dan Bartomeu, dan denda keseluruhan 149 juta euro bagi semua yang terlibat.



Rosell, sebelum ini telah menafikan segala perbuatan salah. Wakil beliau tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.



Barcelona dan peguam yang mewakili Bartomeu juga menolak permintaan untuk mengulas lebih lanjut.



Santos tidak menjawab pertanyaan wartawan dan Rodrigues tidak dapat dihubungi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >