Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN E: BRAZIL LAWAN COSTA RICA

Neymar akan pastikan Brazil bukan sekadar menang samba

Jun 22, 2018 | 05:30 AM



SAINT PETERSBURG (Russia): Diasak dan menjadi 'sasaran' sepanjang perlawanan, superstar Brazil, Neymar, akan berusaha meletakkan juara dunia lima kali ini kembali ke landasan kemenangan apabila turun menentang Costa Rica dalam satu perlawanan Kumpulan E mulai 8 malam ini (waktu Singapura).



Neymar diberikan 'layanan' kasar semasa keputusan seri 1-1 yang mengecewakan dengan Switzerland dalam perlawanan pembukaannya pada Isnin lalu yang menyaksikan bintang penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dikasari 10 kali - paling banyak bagi seorang pemain dalam Piala Dunia sejak 20 tahun lalu.



Pemain termahal dunia itu turut mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong 'Selecao' apabila terenjut-enjut meninggalkan padang latihan pasukannya pada Selasa lalu.



Namun, Neymar kembali menyertai latihan pasukan 48 jam sebelum pertemuan penting dengan Costa Rica di Stadium Saint Petersburg hari ini - petanda mungkin beliau akan diturunkan jurulatih pasukan, Tite.



Malah, tahap kecergasannya merupakan antara yang mendapat tumpuan utama sebelum Piala Dunia Russia ini bermula minggu lalu selepas beliau menjalani pembedahan ke atas kecederaan tulang kakinya yang retak tidak bulan lalu.



Pertemuan dengan Switzerland itu juga adalah pertarungan kompetitif yang pertama bagi Neymar sejak hampir empat bulan lalu - kini timbul pula persoalan sama ada pemain itu masih terkial-kial untuk mengembalikan tahap kecergasan terbaiknya.



Brazil menaruhkan harapan tinggi ke atas Neymar dalam babak-babak akhir perlawanan dengan Switzerland di Rostov-on-Don itu tetapi penyerang azimat itu gagal menemui hantaran atau sasaran untuk merobohkan benteng pasukan lawan yang begitu berdisiplin dan teratur sekali.



Sebaliknya, satu-satunya gol Brazil itu dijaringkan bintang midfield Barcelona, Philippe Coutinho, yang menemui sasaran dengan gol cemerlang dari jarak jauh.



Jika Neymar gagal cergas bagi perlawanan kedua pasukannya itu, Tite mungkin akan menimbangkan meletakkan Coutinho di posisi yang dikosongkan itu di sayap kiri - sebahagian daripada tiga pemain yang membentuk jentera serangan pasukannya di samping mengukuhkan midfield pasukan.



Namun, Coutinho menegaskan bahawa Neymar kekal menjadi pemain yang penting dalam usaha Brazil mengejar kejayaan di temasya di Russia ini.



"Neymar adalah antara pemain terbaik di dunia. Sudah tentu adanya beliau bersama pasukan memberikan kami kelebihan," ujar Coutinho.



"Beliau begitu penting sekali... beliau sentiasa merintis permainan... dan membuka ruang (bagi pemain-pemain lain bertindak)."



Dengan Tite terdesak mencatatkan kemenangan sulung mereka di Piala Dunia ini, beliau mungkin mengalu-alukan seterunya yang bergelar 'Los Ticos' yang hanya pernah menewaskan Brazil sekali dalam 10 pertemuan yang lalu - itu pun pada 1960.



Costa Rica mengejutkan England, Italy dan Uruguay untuk mara sehingga ke suku akhir Piala Dunia Brazil empat tahun lalu tetapi lebih terdesak mendapatkan keputusan positif kali ini selepas kekalahan 0-1 kepada Serbia dalam perlawanan pembukaannya pada Ahad lalu. - AFP, Reuters.



Ramalan BH:



Brazil 3

Costa Rica 1




SEKILAS FAKTA



  • Ini merupakan kali pertama Russia menjadi hos Piala Dunia

  • 3.2 bilion orang menyaksikan Piala Dunia 2014, hampir separuh jumlah penduduk dunia

  • Piala Dunia telah diadakan sebanyak 20 kali, Brazil muncul juara 5 kali, diikuti Itali dan Jerman sebanyak 4 kali

  • Buat pertama kali, dua negara - Korea Selatan dan Jepun - menjadi hos temasya Piala Dunia 2012

  • Penjaring gol tertua dalam kejohanan Piala Dunia ialah penyerang Cameroon, Roger Miller, berusia 42 tahun pada 1994

  • Tahukah anda apabila Sweden bertemu Denmark, singkatan nama negara yang digunakan adalah SWE lawan DEN (jika dicantum menjadi SWEDEN) dan singkatan nama yang tidak digunakan adalah DEN dan MARK, (jika dicantum menjadi DENMARK). Sayangnya, ia hanya berlaku jika kedua-duanya bertemu di perlawanan akhir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >