BRAZIL: Penyerang Paris St Germain (PSG) Neymar dan penjaga gawang Liverpool Alisson adalah antara pemain dan jurulatih Brazil yang telah berganding bahu dengan Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.
Seramai 57 pemain dan kakitangan, yang termasuk bekas pemain bek kanan Barcelona, Daniel Alves, mendermakan sebanyak 2.5 juta reais ($660,900), sementara CBF turut mendermakan jumlah yang sama, menurut organisasi itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg