Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIEW KUMPULAN E: BRAZIL LAWAN SWITZERLAND

Neymar dan Brazil kembali 'bersamba'

Switzerland pikul cabaran besar untuk bendung juara dunia lima kali yang kini kembali cemerlang di bawah pimpinan Tite
Jun 17, 2018 | 05:30 AM



BERITA baik bagi Brazil - dan mungkin juga bagi jutaan peminat mereka di serata dunia - ialah superstar pasukan, Neymar, kembali berbisa di padang, tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda kecederaan tulang kakinya yang retak yang dialaminya lebih tiga bulan lalu.



Dalam dua perlawanan ujian terakhir pasukan bergelar Selecao itu, bintang penyerang Paris Saint-Germain (PSG) ini turut menemui sasaran - petanda baik bagi jurulatih pasukan, Tite, apabila memimpin pasukannya membuka tirai Piala Dunia Russia ini dengan menentang Switzerland dalam Kumpulan E di Arena Rostov 2 pagi esok (waktu Singapura).



Dua pasukan lain kumpulan itu - Costa Rica dan Serbia - pula dijangka berentap lebih awal (8 malam ini) di Arena Samara.



Dengan Neymar cergas sepenuhnya, 'samba' Brazil dijangka lebih mengancam.



Gol cantik jaringannya semasa kemenangan 3-0 ke atas Austria dalam perlawanan terakhir pasukan itu sebelum ke Piala Dunia ini adalah gol ke-55 sepanjang menyarungi jersi Brazil - membolehkan Neymar menyamai pencapaian Romario dalam senarai penjaring terbanyak pasukan negaranya.



Hanya Pele dan Ronaldo yang mempunyai jumlah gol lebih banyak daripadanya.



Mengulas, Tite berkata bahawa beliau berasa "begitu bangga sekali" dengan pasukannya khususnya prestasi yang dipamerkan penyerang azimatnya itu.



"Saya tidak pasti apakah had Neymar," ujar Tite yang ditugaskan menebus maruah Brazil selepas negara itu dilanda aib di Piala Dunia di tanah air sendiri empat tahun lalu termasuk kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman.



"Sentuhan kreatif serta kecekapan teknikalnya begitu hebat sekali. Apabila kami mengumpan bola kepadanya pada suku terakhir padang, beliau begitu berbisa sekali."



Kecuali satu lagi malapetaka besar, `sukar melihat Switzerland atau mana-mana pasukan lain dalam kumpulan ini yang dapat menyekat Neymar dan rakan-rakan berbakatnya yang lain termasuk Gabriel Jesus, Philippe Coutinho, Marcelo dan Roberto Firmino.



Sejak di bawah bimbingan Tite juga terdapat semacam satu kesegaran pada skuad Brazil - mereka memenangi 17 daripada 21 perlawanan sejak jurulatih berusia 57 tahun ini dilantik pada Jun 2016.



Satu-satunya kekalahan mereka ialah kepada Argentina dalam satu perlawanan persabahatan di Melbourne tahun lalu.



Dengan Neymar kembali mengancam serta skuad yang berbakat dan gagah, Tite dan anak didiknya tentu sekali mahu memulakan kempen di Russia ini dengan kemenangan meyakinkan dalam usaha memburu kejuaraan Piala Dunia keenam mereka tahun ini.



Tugas Switzerland tentunya mengurangkan 'kerosakan' yang bakal ditimpakan Brazil dengan jurulatih pasukan, Vladimir Petkovic, boleh meletakkan harpan ke atas beberapa tunggak berpengalaman termasuk Ricardo Rodriguez, Fabian Schar, Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka.



Mereka dijangka bersaing dengan Costa Rica dan Serbia untuk menjadi pasukan kedua yang bakal mengiringi Brazil ke pusingan kalah mati nanti.



Ramalan BM:



Brazil 3

Switzerland 0




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >