Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KES PERPINDAHAN DARI SANTOS KE BARCELONA

Neymar dibebaskan dari pertuduhan tipu, rasuah

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



MADRID: Pada Selasa, mahkamah Sepanyol membebaskan bintang bola sepak Brazil, Neymar, dan defendan lain, dalam kes penipuan dan rasuah berhubung perpindahannya ke Barcelona dari Santos pada 2013.



Keputusan itu dibuat selepas pendakwa raya menggugurkan semua pertuduhan dalam perbicaraan berprofil tinggi itu, kata mahkamah dalam satu kenyataan.



Defendan lain termasuk bapa Neymar dan bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell.



Tuduhan berkaitan perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona dibuat oleh firma pelaburan Brazil, DIS.



Firma pelaburan itu memiliki 40 peratus hak Neymar, 30 tahun, semasa beliau berada di Santos dan mendakwa mereka dihutang sebahagian daripada yuran perpindahannya ke Barcelona.



Ia juga mendakwa Neymar, Barcelona dan Santos berpakat untuk menutupi kos sebenar perpindahannya, dengan itu menipunya daripada bahagian yang sepatutnya dalam perpindahan pemain itu.



DIS telah memohon hukuman penjara lima tahun untuk Neymar dan jumlah denda sebanyak 149 juta euro ($157 juta) untuk defendan.



Pada Oktober, pendakwa raya Luis Garcia Canton meminta mahkamah Barcelona membebaskan semua defendan kerana "tiada sedikit pun tanda jenayah".



Walaupun pihak pendakwa menggugurkan pertuduhan mereka, kes itu diteruskan kerana mahkamah juga sedang mempertimbangkan dakwaan berasingan yang difailkan oleh DIS.



DIS sedang berusaha untuk mendapatkan semula 35 juta euro ($50 juta) yang mendakwa ia telah ditipu.



Keputusan mahkamah itu akan memberikan sedikit kelegaan kepada Neymar, membayangkan beliau mungkin bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Brazil tersingkir daripada Piala Dunia di peringkat suku akahir di tangan Croatia.



Neymar, yang bermain untuk Paris Saint-Germain akan berehat buat masa ini dan akan kembali ke kelabnya sebelum Liga Satu Perancis bermula, dengan Paris Saint-Germain menentang Strasbourg pada 28 Disember. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >