Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nishigaya hadapi ujian terbesar, ikrar beri segalanya untuk bola sepak S'pura

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



LAPAN bulan sejak dilantik untuk mengisi "kerusi panas" pasukan nasional Singapura, Takayuki Nishigaya berkata beliau sudah menyesuaikan dirinya di kota Singa.



Bahkan warga Jepun berusia 49 tahun itu berkata kepada Berita Harian (BH) bahawa beliau sedang belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi lebih baik dengan anak didiknya.



Bercakap kepada BH menerusi seorang penterjemah di Stadium Jalan Besar baru-baru ini, Nishigaya berkata:



"Sebenarnya, ia tidak sukar untuk menyesuaikan diri di sini sebab ramai orang yang baik hati dan sudi membantu saya. Saya gembira bekerja di Singapura."



Nishigaya menggalas jawatan jurulatih pasukan Singa pada April tahun ini untuk menggantikan rakan senegara Tatsuma Yoshida.



Seperti Yoshida, Nishigaya lebih fasih bertutur dalam bahasa Jepun.



Namun, di akhir-akhir tempoh dua setengah tahunnya bersama pasukan Singa, Yoshida dilihat mengendalikan sidang akhbar sendiri dalam bahasa Inggeris tanpa perlu penterjemah.



Nishigaya dapat mengikut jejak sama, dengan beliau kini menjalani kelas bahasa Inggeris dalam talian.



"Saya masih memperbaiki diri dari segi bahasa. Ia semakin baik hari demi hari. Saya harap pemain dapat memahami bahasa Inggeris saya," ujar beliau sambil tersenyum.



Di satu sidang media bagi mengumumkan skuadnya untuk Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 semalam, Nishigaya buat pertama kali berucap kepada media dalam bahasa Inggeris.



Bagaimanapun, ujian terbesar Nishigaya menantinya pada Sabtu ini apabila Singapura memulakan kempen Piala AFF 2022 mereka menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar.



Ini juga merupakan penampilan pertamanya dalam kejohanan Asia Tenggara itu.



Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama pemenang dua kali Vietnam, juara 2010 Malaysia, Myanmar dan Laos. Hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.



Singapura, yang sudah empat kali bergelar juara Piala AFF (1998, 2004, 2007 dan 2012), berjaya ke separuh akhir buat julung kalinya dalam sembilan tahun pada edisi 2020, yang diadakan tahun lalu dek pandemik.



Meskipun akur terdapat harapan tinggi untuk beliau mengulangi pencapaian tahun lepas, Nishigaya lebih fokus kepada persembahan anak didiknya dalam setiap perlawanan.



"Kami pasti ingin melangkah sejauh yang mungkin dalam kejohanan. Tetapi, kami akan mengambil setiap perlawanan satu persatu dan berikan segalanya untuk setiap perlawanan, " ulas beliau.



Dalam tujuh perlawanan yang dikendalikan Nishigaya sejauh ini, Singapura hanya mampu menang dua kali, seri sekali dan telah kalah empat kali. Kemenangan itu termasuk menewaskan Maldives 3-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar minggu lalu.



Nishigaya menambah:



"Saya tahu Piala AFF adalah kejohanan yang besar untuk warga Singapura. Saya akan mendedikasikan segalanya untuk bola sepak Singapura dan berharap peminat juga akan memberi galakan kepada pemain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >