Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA

Nishigaya: Pasukan Singa perlu bangkit pantas

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN nyaris tewas 1-2 di tangan pasukan nombor 95 dunia, Kyrgyzstan kelmarin, ketua jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya memandang positif terhadap persembahan berani anak didiknya.



Bahkan, warga Jepun berusia 49 tahun itu yakin pasukan Singa, yang menghuni tangga dunia ke-158, dapat pantas bangkit untuk mengharungi dua ujian seterusnya sedang mereka memburu kelayakan bagi Piala Asia tahun depan.



Singapura akan bertemu Tajikistan, pasukan tangga 114 dunia, Sabtu ini, sebelum menutup tirai kempen mereka menentang Myanmar (pasukan ke-152 dunia) Selasa depan.



Penampilan tunggal Singapura di kejohanan utama Asia itu adalah sebagai tuan rumah dalam edisi 1984.



"Setiap hari, prestasi kami semakin baik, sama ada dalam latihan atau perlawanan. Setiap hari, kami melakukan banyak peningkatan," kata Nishigaya, yang buat pertama kali memimpin pasukan nasional di kelayakan Piala Asia.



Beliau mengisi kerusi panas pasukan Singa pada 25 April lalu untuk menggantikan rakan senegara dari Jepun, Tatsuma Yoshida, yang meletakkan jawatan Disember tahun lalu.



"Kami mampu memaparkan persembahan baik menentang pasukan kuat. Kami harus meneruskan prestasi ini," tambahnya.



Nishigaya hampir mencatat kemenangan pertamanya sebagai ketua jurulatih Singapura di Stadium Dolen Omurzakov di Bishek apabila jaringan Song Ui-young pada minit ke-55 meletakkan pasukan negara di depan.



Namun, kekurangan fokus ketika mempertahankan benteng menyebabkan Singapura membolos dua gol dalam tempoh lima minit.



Song menghadiahkan Kyrgyzstan sepakan penalti pada minit ke-77, sebelum gol Viktor Maier lima minit kemudian menjamin kemenangan berharga untuk pasukan tuan rumah.



Bagaimanapun, Singapura tidak sepatutnya pulang dengan tangan kosong kelmarin jika penyerang negara beraksi lebih tajam di depan gawang lawan.



Ikhsan Fandi dan Faris Ramli masing-masing merintis peluang jaringan di awal perlawanan, ketika membuat larian bijak untuk menembusi benteng pertahanan Kyrgyzstan, tetapi gagal memperdaya penjaga gawang.



Nishigaya akur kelemahan pasukan dalam sudut permainan ini dan menggesa penyerangnya mengambil kira setiap peluang jaringan yang dipersembahkan dalam perlawanan akan datang.



"Kami mencipta banyak peluang jaringan tapi hanya mampu menyumbat satu gol.



"Tapi, saya tahu kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Ia adalah bahagian yang saya yakin kami akan dapat memperbaiki," ulasnya.



"Buat masa ini, kami harus segera pulih dan fokus pada perlawanan seterusnya. Sekiranya kami menang dua perlawanan selanjutnya, kami dapat melayakkan diri.



"Kami akan mengharungi setiap perlawanan satu persatu," tambah beliau.



Singapura perlu menang dua perlawanan terakhirnya untuk berpeluang melayakkan diri.



Hanya enam juara kumpulan dan lima naib juara terbaik mara ke pusingan final tahun depan.



Keputusan malam kelmarin bermakna Singapura berada di tempat ketiga Kumpulan F tanpa memungut sebarang mata.



Tajikistan (tiga mata) mendahului kumpulan selepas membelasah Myanmar 4-0 awal sebelum itu, diikuti dengan Kyrgyzstan (tiga mata) di tangga kedua berdasarkan perbezaan gol.



Myanmar tercorot di tangga terendah kumpulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >