Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN SINGAPURA LAWAN VIETNAM

Nishigaya tekankan perlu dedah pemain kurang pengalaman

Jurulatih kecewa Singa kalah tapi puas hati persembahan wajah baru yang diturunkan
Sep 23, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN kecewa akan kekalahan 0-4 yang dialami pasukannya semasa menentang Vietnam, ketua jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya menegaskan peri penting memberi pemain kurang pengalaman pendedahan bermain di padang antarabangsa dan menguji kesediaan mereka.



Ini sedang beliau giat menyusun dan mempersiap pasukan Singa bagi Piala AFF 2022 Disember ini.



Dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh kelmarin, warga Jepun itu menurunkan sebuah pasukan bersifat ekseprimental - menggabungkan pemain berpengalaman dan yang jarang beraksi bagi Singapura sebelum itu.



Ilhan Fandi (tiga penampilan), Taufik Suparno (tiga), Shah Shahiran (lima) dan Ryaan Sanizal (satu) diberi peluang memulakan perlawanan.



Bercakap selepas perlawanan itu, Nishigaya berkata: "Kami sentiasa ingin menang perlawanan tapi penting juga bagi pemain baru dan lebih muda diberi peluang beraksi pada tahap permainan ini.



"Apabila peluang bermain perlawanan antarabangsa terhad, kami harus mencari keseimbangan antara membariskan pasukan terbaik kami dengan memberi peluang kepada pemain lain, untuk melihat apakah mereka dapat bermain padad tahap ini."



Namun, Nishigaya berpuas hati akan persembahan wajah-wajah baru pasukannya, terutama Joshua Pereira, 24 tahun, yang menyarung jersi skuad senior Singapura buat kali pertama kelmarin.



"Saya fikir Joshua menunjukkan keupayaannya bermain pada peringkat antarabangsa walaupun dia masih perlu meningkatkan tahap kecergasannya," ujar Nishigaya.



Pemilihan skuad Singa dilanda masalah kesihatan, kecederaan dan urusan peribadi pemain. Pemain tunggak midfield Shahdan Sulaiman tidak dapat beraksi kelmarin selepas jatuh sakit.



Penyerang tetap Faris Ramli dan Song Ui-young menarik diri beberapa hari lalu. Faris sedang menyambut kelahiran anak keduanya, manakala Song mengalami kecederaan buku lali.



Ikhsan dan Irfan Fandi, yang bermain bagi kelab Thai BG Pathum, hanya dapat duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan kelmarin kerana baru pulih daripada kecederaan ringan.



Mengulas persembahan anak didiknya secara keseluruhan, Nishigaya berkata Singapura perlu mengukuhkan pertahanannya. Benteng pertahanan tengah Singapura kelmarin dibentuk kapten Hariss Harun, Ryaan dan pemain midfield M. Anumanthan.



"Kami bermain dengan baik dalam beberapa bahagian, dan kami perlu lebih konsisten dengan perkara baik yang kami lakukan, dan mengurangkan perkara buruk... Kami tewas dalam situasi satu lawan satu semasa bertahan.



"Semakin tinggi tahap permainan, semakin kerap kami akan dihukum apabila membuat kesilapan... Oleh itu, kami harus mengekalkan tahap tumpuan kami," ujar beliau.



Singapura menentang India dalam satu lagi perlawanan persahabatan di stadium sama esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >