Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Raja renang dunia

Aug 13, 2019 | 05:30 AM



Kejohanan Renang Dunia yang berakhir di Gwangju, Korea Selatan baru-baru ini menyaksikan beberapa muka baru meledakkan kehebatan. Ia turut menjadi pentas bagi bintang muda Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, mengukir nama sebagai 'raja' di kolam renang dengan memenangi enam pingat emas termasuk mencipta dua rekod dunia. BERITA HARIAN merakamkan antara detik hebat dan juga mengecewakan sepanjang kejohanan itu.



Caeleb Dressel (Amerika Syarikat)



Mencipta dua rekod dunia dan memenangi enam pingat emas - acara 50 meter dan 100 meter gaya bebas, 50 meter dan 100 meter kuak kupu-kupu, 4x100 meter lelaki dan campuran - di samping perak bagi acara 4x100 meter rampaian campuran - harapan Dressel menamatkan kejohanan dengan emas ketujuh tidak kesampaian melalui acara 4x100 lelaki campuran apabila dipintas pasukan Britain. Namun ia tetap pencapaian hebat bagi bintang muda berusia 22 tahun yang membuktikan bahawa beliau benar-benar berada di landasan sebagai pengganti kepada perenang legenda Amerika yang sudah pun bersara, Michael Phelps. Dressel turut dipilih sebagai 'Perenang Lelaki Terbaik' di Kejohanan Dunia ini.



Kristof Milak (Hungary)



Berusia 19 tahun, Milak mencatatkan kejayaan sensasi apabila memecahkan rekod dunia Phelps dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu yang telah bertahan selama 10 tahun. Beliau merangkul emas dengan masa 1 minit dan 50.73 saat - mengatasi rekod lama 1 minit dan 51.51 saat.



Margaret MacNeil (Canada)



Mencatatkan antara kejutan terbesar melalui acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita di Kejohanan Dunia ini - menafikan Sarah Sjostrom pingat emas kejohanan dunianya yang kelima berturut-turut apabila memenangi acara itu dengan masa 55.83 saat. Sjostrom terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.



Adam Peaty (Britain)



Mencatatkan apa yang digelar 'triple-double' atau kejayaan memenangi dua pingat emas - 50 meter dan 100 meter kuak dada dalam tiga Kejohanan Dunia berturut-turut. Masa catatan perenang berusia 24 tahun ini bagi acara 50 meter kuak dada adalah yang ketiga terpantas dalam sejarah acara itu.



Ariarne Titmus (Australia)



Mengejutkan juara Olimpik Katie Ledecky dalam perlumbaan 400 meter gaya bebas wanita. Baru berusia 18 tahun, Titmus menang acara itu dengan masa 3 minit dan 59.97 saat manakala Ledecky terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.




KONTROVERSI CEMARI KEJOHANAN



Sun Yang-Duncan Scott



Perenang yang memenangi pingat gangsa bersama, Duncan Scott dari Britain enggan bersama-sama berada di podium pemenang acara 200 meter gaya bebas Sun Yang dari China sebagai protes ke atas kegagalan ujian dadah yang kontroversial yang dijalani Sun pada tahun lalu. Kesnya itu masih dalam pertimbangan Agensi Anti-Dadah Dunia (Wada). Seorang perenang Nrazil, Brazil's Joao de Lucca, turut dilaporkan enggan bersalaman dengan Sun selepas acara relay 4x200 meter.




NASIB PESERTA SINGAPURA



Gagal menyinar



Harapan tinggi diletakkan ke atas juara Olimpik, Joseph Schooling. Malangnya, beliau gagal di pusingan kelayakan dalam acara kegemarannya - 100 meter kuak kupu-kupu - yang turut menghadiahkannya pingat emas di Olimpik Rio 2016. Schooling merupakan pemenang gangsa di dua edisi Kejohanan Dunia yang lalu.



Penebus kekecewaan



Skuad relay 4x200 meter gaya bebas wanita - Quah Ting Wen, Gan Ching Hwee, Christie Chue dan Quah Jing Wen - mencatatkan keputusan membanggakan apabila menduduki tempat ke-13. Acara itu bagaimanapun bukanlah acara yang ditandingkan di Olimpik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >