Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 Pemain tumpuan Croatia

Jun 13, 2021 | 5:30 AM
Luca Modric
Luca Modric -

Luca Modric

Antara pemain paling dihormati dunia dengan 17 piala utama di peringkat kelab. tunggak kreatif midfield Real Madrid ini dijangka menjadi kunci kejayaan Croatia dalam pertandingan ini.

Ivan Perisic

Beliau begitu menyerlah dalam Piala Dunia 2018 dan menjadi rebutan kelab-kelab utama Eropah. Perisic mempunyai kerjaya cemerlang di Jerman dan Italy dan ramai pemerhati melihat pertandingan ini sebagai penutup tirai kerjaya beliau di persada antarabangsa. Pengalaman dan daya kreativiti kelebihannya di padang.

Andrej Kramaric

Pernah menyarung jersi pasukan Liga Perdana England, Leicester City, sebelum meninggalkan kelab Foxes itu untuk menyertai kelab Bundesliga, 1899 Hoffenheim. Di Jerman, Kramaric terbukti antara penyerang handal dan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi penting bagi membimbing rakan-rakan sepasukan yang lebih muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg