Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Shanti lega, puas hati catat kejayaan cemerlang

May 20, 2022 | 07:58 AM



BELIAU hanya senyum dan tidak perlu berkata apa-apa.



Namun, dalam senyuman yang diukir pelari pecut wanita nombor satu negara, Shanti Pereira, itu tersembunyi seribu satu makna.



Senyumannya menggambarkan kegembiraan.



Ia tanda kelegaan dan keyakinan dalam diri selepas beliau berusaha gigih sejak sekian lama selain perlu mengharungi pelbagai cabaran.



Sejurus selepas meraih pingat perak dalam acara larian pecut 100 meter wanita kelmarin, iaitu pingat keduanya di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Shanti, 25 tahun, menghadiahkan media Singapura dengan senyuman sebelum ditemu bual.



Sabtu lalu, Shanti memenangi pingat emas dalam larian pecut 200 meter dengan rekod nasional baru, 23.52 saat.



"Saya rasa sangat lega.



"Sebelum perlumbaan, saya rasa agak gementar kerana permulaan saya bukanlah yang terbaik - perkara ini pernah berubah sejak 10 tahun lalu - tapi saya dan jurulatih mempunyai rancangan untuk memastikan saya menamatkan perlawanan dengan kuat. Saya rasa saya berjaya melakukannya.



"Saya mencatat keputusan terbaik saya sepanjang musim, hampir mencapai masa peribadi terbaik saya (11.58 saat), dan saya menang pingat perak pertama, jadi saya sangat, sangat gembira," katanya kepada wartawan.



Dalam perlumbaan 100 meter, Shanti melepasi garisan penamat dalam masa 11.62 saat di belakang Kayla Richardson dari Filipina (11.60) tetapi berjaya mengalahkan atlet Thailand, Supanich Poolkerd (11.66), untuk dinobatkan naib juara buat julung-julung kalinya dalam acara tersebut di Sukan SEA.



Dalam tiga penyertaan lalu, Shanti hanya mampu menggondol pingat gangsa.



Misi Shanti hampir sempurna di Hanoi.



Beliau mendedahkan bahawa beliau tiba di Vietnam berbekalkan matlamat untuk menang emas dalam kedua-dua acara larian pecut 100 meter dan 200 meter wanita.



Namun, dengan satu pingat emas dan satu perak di Hanoi, Shanti merakam persembahan terbaiknya dalam Sukan SEA.



Ia mengatasi prestasi satu emas dan satu gangsa di Sukan SEA 2015 di Singapura.



Shanti menyifatkan persembahan itu sebagai satu "pencapaian besar" bagi dirinya.



"Secara keseluruhan, ia banyak merangsang keyakinan saya. Saya hanya gembira saya berjaya mengharungi beberapa halangan yang telah menyekat kemajuan saya sejak sekian lama," ujar Shanti.



"Dan untuk itu, saya sangat berbangga dengan diri sendiri meskipun saya tidak menang pingat emas hari ini."



Walaupun ada segolongan yang menganggap beliau sudah melepasi prestasi terbaiknya, Shanti, menerusi tangisan kegembiraan dan senyuman sepanjang tempoh lima hari berlumba, terus "berdegil" untuk membuktikan mengapa beliau antara pelari pecut wanita terbaik di rantau ini.



Di Hanoi, beliau berjaya menuntut haknya untuk gelaran itu.



Ditanya Berita Harian (BH) Sabtu lalu, selepas kemenangan pingat emasnya, apa yang ingin beliau katakan kepada mereka yang meragui keupayaannya, Shanti tersenyum sambil berkata:



"Ohh...Saya masih di sini. Saya tidak akan ke mana-mana."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >