Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Noh Alam Shah mahu Singa ambil iktibar dari kesilapan silamnya

Nov 17, 2018 | 05:30 AM



SEBELUM ini, ramai yang pernah mengatakan bahawa pasukan bola sepak negara 'kurang sengatnya'.



Ada pula berkata skuad Singa tidak lagi mempunyai pemain yang menunjukkan semangat berapi, yang tidak gentar dengan sesiapun, termasuk pasukan lawan.



Pemain yang dimaksudkan itu ialah seperti bekas penyerang negara Noh Alam Shah.



Kini, beliau kembali ke pasukan negara, namun sebagai seorang mentor kepada pemain nasional.



Pelantikan sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini merupakan sebahagian daripada usaha jurulatih sementara, Fandi Ahmad, menyuntik semangat juang dalam diri pemainnya.



"Saya agak terkejut apabila diundang semula untuk membimbing pasukan nasional kerana sudah hampir tiga tahun saya tidak terbabit dalam bola sepak setempat.



"Namun bagi saya, ia merupakan satu kebanggaan untuk menerima cabaran ini dan alhamdulillah dapat diberi peluang bersama pasukan negara sekali lagi," kata Alam Shah, 38 tahun.



Alam Shah merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan negara di Piala AFF Suzuki setelah menjaringkan 17 gol secara keseluruhan.



Jaringan beliau juga telah membantu Singapura menjulang trofi kejohanan serantau itu pada 2004 dan 2007.



Lebih mengagumkan, Alam Shah berjaya menjaringkan tujuh gol ketika Singapura membenam Laos 11-0, sekali gus menjadi pemain dengan gol terbanyak dalam satu perlawanan dalam sejarah Piala AFF Suzuki.



Walaupun berada di puncak kerjayanya, Alam Shah tidak terlepas dari kontroversi.



Kecemerlangannya bak tercemar dengan rekod disiplin buruk setelah didapati sering melanggar peraturan.



Alam Shah pernah dikenakan tindakan disiplin dan digantung 12 bulan selepas didapati mengasari rakan sepasukan negaranya Daniel Bennett ketika perlawanan akhir Piala Singapura 2007 antara Tampines Rovers dengan SAF FC.



Hingga ke akhir kerjayanya sebagai pemain profesional pada 2015, Alam Shah masih mengundang kontroversi. Beliau di arah keluar padang hanya seminit selepas menjejakkan kakinya di padang setelah mengasari pemain lawan.



Hakikatnya, ramai yang tidak menjangkakan pemain yang dahulunya panas baran dipilih menjadi mentor kepada pemain muda negara.



Sebaliknya, beliau berjaya membuktikan bahawa beliau kini sudah merubah sikapnya dan bersedia menggalas tanggungjawab yang besar yang dipikulnya.



Beliau juga berharap pengalamannya dahulu dapat menjadi iktibar kepada generasi muda pemain bola sepak negara.



"Peranan saya dalam pasukan ini adalah membimbing pemain kami bagi memastikan mereka melakukan perkara yang seharusnya mereka lakukan dan bukan sebaliknya. Sebagai seorang mentor kepada pemain skuad nasional ini, banyak disiplin yang telah saya terapkan dalam diri mereka.



"Saya akan memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang telah saya lakukan ketika saya masih menjadi seorang pemain. Saya telah terlebih makan garam dulu dan tahu apa yang mungkin akan dilakukan mereka sebagai pemain. Itulah satu kelebihan saya dan saya dapat menegur mereka sebelum mereka lakukan kesilapan itu," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >