Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Noh Rahman buru kemenangan kedua buat Home United

Apr 27, 2019 | 05:30 AM



PERMULAAN yang tak disangkakan namun cukup manis.



Dalam perlawanan sulungnya sejak mengambil alih sebagai jurulatih sementara Home United minggu lalu, Mohd Noh Rahman menyaksikan persembahan cukup menyerlah dari pemainnya.



Kemenangan 3-0 ke atas Geylang International Rabu lalu memberi sedikit sinar cahaya selepas pengumuman ketua jurulatih Saswadimata Dasuki mengundurkan diri dari jawatannya.



Bagaimanapun, Noh Rahman enggan perkara itu menjejas prestasi pemain dan akur bahawa masih terdapat ruang untuk diperbaiki selepas kemenangan itu.



"Ia perasaan yang bercampur, lagi-lagi selepas kelab ini membuat keputusan itu. Saya telah bertemu pemain dan memberitahu mereka sudah tiba masanya untuk menunjukkan perpaduan dalam waktu sukar ini.



"Ia sangat membantu apabila maklum balas yang saya terima dari semua adalah kami mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk meningkatkan prestasi dan melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan," jelas bekas pemain negara itu.



Justeru menjelang perlawanan petang ini menentang juara bertahan Albirex Niigata di Stadium Jurong East, kemenangan menjadi keutamaan pasukan The Protectors yang menduduki tangga kelima Liga Perdana Singapura (SPL).



Noh Rahman percaya Albirex, yang menduduki satu tangga di atas mereka dengan kelebihan satu mata, juga mengalami nasib serupa dengan Home musim ini, akan memberi tentangan hebat kepada pasukannya.



Beliau berkata: "Albirex mempunyai permulaan musim yang lembap seperti kami. Mereka juga telah bangkit dari kekecewaan ketika beberapa perlawanan terakhir.



"Jadi saya menjangkakan satu perlawanan yang sukar dengan mereka.



"Kami mahu memperbaiki kedudukan kami di dalam liga ini dan perlawanan nanti juga sama pentingnya seperti perlawanan lain."



Selepas tewas 4-2 di tangan Hougang United Rabu lalu, Albirex seperti terkial-kial mencari rentak permainan mereka.



Jurulatih pasukan Angsa Putih itu, Keiji Shigetomi, akur bahawa tahap kecergasan dan persembahan pemainnya menjadi satu kebimbangan menjelang perlawanan nanti.



"Selepas perlawanan menentang Hougang, kami mempunyai ramai pemain yang kepenatan, jadi keutamaan kami adalah untuk pemain pulih.



"Selain itu, kami juga mempunyai ramai pemain yang cedera dan disebabkan itu kami tidak dapat memberi persembahan yang diinginkan.



"Bagaimanapun, kami akan terus bekerja keras dan berjuang sepanjang musim ini," tegas Keiji.



Seperti Albirex yang mungkin akan merehatkan beberapa pemain mereka, Home pula akan kehilangan tenaga kapten pasukan Izzdin Shafiq, selepas pemain itu dilayangkan kad merah ketika perlawanan dengan Geylang.



Ketiadaan Izzdin mungkin akan dirasai pasukannya, tetapi Noh Rahman berkata ia membuka kepada pemain lain untuk bangkit menunjukkan keupayaan mereka.



"Izzdin merupakan pemain penting buat pasukan dan beliau adalah antara pemain yang telah beraksi setiap minit musim ini.



"Tetapi sekarang, ia memberi saya peluang untuk menggunakan pemain lain dan saya percaya beliau juga mampu lakukan yang terbaik," ujarnya.



Dengan kemenangan hari ini, Home mempunyai peluang untuk mengatasi Albirex dan melonjak ke tangga keempat dan memperkukuhkan saingan mereka untuk merebut piala SPL.



Albirex pula akan memastikan mereka tidak ditimpa kekalahan ketiga musim ini selepas permulaan yang agak hambar.



Keiji berkata: "Setiap perlawanan sangat penting. Kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan.



"Saya juga akan memberitahu para pemain untuk memberikan 100 peratus dan berjuang untuk satu sama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >