Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Noor Ali dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



JURULATIH Geylang International, Noor Ali, telah dirawat di Hospital Besar Changi sejak Isnin kerana mengalami palpitasi jantung.



Bercakap kepada The Straits Times (ST) semalam, Noor Ali, 47 tahun, berkata:



"Saya berasa lemah dan kurang sihat. Mereka mengesan beberapa kerumitan pada jantung saya dan akan membuat lebih banyak pemeriksaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan, kelab dan penyokong kerana memberi sokongan dan doa."



Seorang jurucakap Geylang berkata kelab itu berharap Noor Ali akan segera pulih.



Ia juga akan terus memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan, kepada beliau dan keluarganya.



Noor Ali, yang juga merupakan bekas pemain bola sepak nasional, bersama pasukan di tepi padang di Our Tampines Hub (OTH) pada Ahad lalu.



Geylang tewas 2-4 kepada Hougang United dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) itu.



Walau tewas, Geylang terus di kedudukan keempat dalam SPL, kerana ia hanya tewas dua kali dalam 13 perlawanan liga.



Adalah kurang jelas sama ada Noor Ali akan memimpin pasukan dalam pertemuan dengan Albirex Niigata di OTH esok.



Namun sejak ketiadaannya, penolong jurulatih Syed Azmir, telah memimpin pasukan menjalani latihan.



Kapten Geylang dan penjaga gawang Zaiful Nizam berkata beliau terkejut dengan perkembangan itu.



"Ia sesuatu yang tidak disangka kerana beliau masih bersama pasukan pada Ahad lalu. Kami berharap beliau akan kembali bersama kami secepat mungkin, tetapi kesihatan adalah perkara yang lebih penting sekali dan kami berdoa supaya beliau cepat sembuh."



Ini adalah insiden kesihatan kedua yang membabitkan seorang jurulatih SPL dalam tempoh dua tahun.



Pada Disember 2020, jurulatih Young Lions Nazri Nasir mengalami strok ringan dan dimasukkan ke hospital untuk menjalani prosedur perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >