Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Noor Ali mahu bantu Geylang International jadi 'pasukan yang digeruni'

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



Setelah setahun bersama kelab bola sepak Jepun, Matsumoto Yamaga, dalam satu program pertukaran, Mohd Noor Ali, kini kembali ke pangkuan kelab Geylang International FC. Bekas pemain nasional itu kini bersedia untuk mencurah pengalamannya untuk mengembalikan Geylang ke persada bola sepak setempat.



SELEPAS hampir setahun di Jepun, Noor Ali kembali ke tanah air dengan matlamat dan misi baru.



Berbekalkan pengalaman serta ilmu yang ditimba selama sekitar 10 bulan di sana, ketua jurulatih Geylang International FC (GIFC) mahu membantu kelab Liga Perdana Singapura (SPL)itu kembali bersaing sebagai antara pasukan yang digeruni.



Semasa ketiadaan beliau, jawatan ketua jurulatih pasukan Sang Helang itu diberikan kepada Hirotaka Usui musim lalu.



Namun Hirotaka gagal mengekalkan prestasi cemerlang GIFC yang menyaksikan mereka jatuh empat tangga ke tempat kelapan liga berbanding musim sebelum itu.



Bagaimanapun kini Noor Ali berharap dapat membimbing Geylang untuk kembali menunjukkan kehebatan mereka bagi musim baru ini.



Beliau didorong oleh kejayaannya semasa membantu pasukan 'B' Matsumoto Yamaga menjulang piala musim lalu.



"Selepas berkhidmat di Jepun dengan Matsumoto Yamaga, sudah tentu saya teruja untuk kembali ke liga setempat kerana kali terakhir saya bersama Geylang (musim 2017), kami berjaya mendapat kedudukan terbaik, setelah sekian lama dengan mengakhiri musim di tempat keempat.



"Jadi tahun ini, selepas saya kembali dari attachment tersebut, sudah tentu saya ingin kembali membuat yang terbaik dan bekerjasama dengan para pemain saya sekarang," kata jurulatih berusia 43 tahun itu.



Menurut Noor Ali, banyak ilmu yang telah diraihnya sewaktu di sana, antaranya etika pekerjaan. Bagaimanapun beliau menambah ia mungkin akan mengambil sedikit waktu untuk menyemai sikap serta cara latihan tersebut di GIFC.



"Mereka sangat teratur dan terperinci. Mereka memastikan mereka membuat persediaan yang baik bagi setiap sesi latihan serta perlawanan.



"Ini adalah perkara yang saya pelajari dan kagumi mengenai bagaimana menjadi lebih disiplin sebagai jurulatih," kongsi bekas pemain yang pernah menjulang trofi Liga-S untuk kelab itu pada 2001.



Waktu yang diberi tidak disia-siakan begitu sahaja hingga sikap kerja keras masyarakat Jepun, sampai terbawa-bawanya kembali ke kota Singa.



Justeru, Noor Ali berpendapat masa dan pengalaman dari Jepun mematangkan dirinya sebagai seorang jurulatih dan beliau mengambil sikap tegas terhadap disiplin.



"Tentu sekali saya rasa seperti orang baru. Bila saya kembali ke Singapura, harapan dan jangkaan saya terhadap bidang kejurulatihan ini serta cara pengendalian sebuah pasukan menjadi lebih tinggi.



"Saya akan mula berasa kecewa apabila perkara-perkara tertentu tidak dapat dilakukan atau apabila pemain tidak dapat datang untuk latihan.



"Jadi bila saya pulang ke sini, saya mengharapkan tahap disiplin dan komitmen tertentu dari para pemain kerana kita bermain di peringkat profesional.



"Kita mesti mempunyai mentaliti dan perkara-perkara yang kita lakukan, kita perlu meletakkan seratus peratus," tegas beliau yang mempunyai resume memberangsangkan ketika mengendalikan pasukan 'B' Matsumoto musim lalu.



Walaupun menghadapi cabaran pada mulanya setiba beliau di Jepun - dengan sering merasa rindu dengan keluarganya - Noor Ali percaya bahawa beliau telah berjaya menyesuaikan diri dengan perkara-perkara di sana selepas melihat bagaimana para pemainnya memberi respons terhadap bimbingan dan cara pengurusan beliau.



Justeru, ia menjadi dorongan besar baginya untuk meniru semula kejayaan tersebut.



"Menjadi juara di sana adalah satu pencapaian yang besar untuk saya kerana musim sebelum itu, pasukan ini hanya mampu mengakhiri musim di tangga keenam liga.



"Dengan barisan pemain yang sama, saya mampu membantu mereka memenangi piala liga. Jadi saya berharap dapat melakukan perkara itu lagi dengan Geylang musim ini.



"Bukan sekadar menjulang trofi, saya juga ingin melihat para pemain muda saya berjaya mendapatkan tempat dalam skuad negara.



"Bagi saya, itu juga menjadi antara pencapaian yang dapat diperoleh sebagai seorang jurulatih," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >