Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU NORWICH CITY LAWAN LEEDS

Norwich, Leeds harus mula daki tangga liga

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pertemuan Norwich City dan Leeds United malam ini (10 malam waktu Singapura) mempunyai banyak persamaan.



Kededua pasukan agak 'baru' kepada Liga Perdana England dengan Norwich baru dinaikkan ke liga utama England itu musim ini manakala Leeds pula akhirnya kembali ke divisyen utama musim lalu.



Namun, di situ terhenti segala persamaan.



Leeds kembali ke Liga Perdana setelah 16 tahun manakala Norwich pula kembali selepas naik ke Liga Perdana pada 2018, sebelum kembali ke Divisyen Championship dan kemudian kembali semula ke EPL.



Sedang persembahan Leeds memberangsangkan, malah menjadi antara pasukan paling menarik dalam liga, Norwich pula sekali lagi menghampakan.



"Mereka sekali lagi terkial-kial musim ini, seolah-olah mereka tidak belajar daripada pengalaman lalu," kata bekas penyerang Liverpool dan England, Michael Owen.



"Tentunya strategi mereka bukan sekadar untuk dinaikkan ke Liga Perdana, tetapi bagaimana untuk cuba kekal dalam liga ini yang amat kompetitif.



"Mereka seolah-olah melakukan semua kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini," tambah Owen.



Akur, seorang lagi bekas penyerang England, Dion Dublin, berkata Norwich perlu mempunyai pelan untuk kekal dalam liga dan seharusnya pengalaman dua musim lalu itu telah memberi mereka idea untuk bagaimana melakukan demikian.



"Jika kita lihat Norwich, cara mereka bermain sama sahaja. Mereka mempunyai satu falsafah iaitu untuk menyerang. Ia mungkin berkesan dalam divisyen Championship, tapi dalam liga utama, anda harus lebih bijak," ujar beliau.



Namun, pada masa yang sama, lawan mereka, Leeds, juga dikenali sebagai pasukan yang bermain secara terbuka, dengan tumpuan pada serangan, kata Dublin.



Namun, beliau menekankan, perbezaannya ialah Leeds telah mencapai keseimbangan.



"Mereka dapat mengutip lebih banyak mata kerana mereka mempunyai pemain yang lebih baik dari Norwich di tenaga penggempur. Saya rasa itu satu hakikat yang harus diterima Norwich," katanya.



Akur bahawa pasukannya harus lebih mantap, pengurus Norwich, Daniel Farke, berkata:



"Kami mempunyai falsafah kami, dan itu harus diteruskan kerana ia adalah identiti kami.



"Bagaimanapun, kami faham bahawa kami juga harus lebih mantap di bahagian pertahanan. Dan ini adalah sesuatu yang kami sedang lakukan sebagai sebuah pasukan," ujarnya, yang melihat pasukannya kini menduduki tangga paling corot liga.



Rakan sejawatannya, Marcelo Bielsa, pula perlukan pasukannya untuk mendapatkan semula 'form' musim lalu.



Meskipun persembahan Leeds mendapat pujian, Bielsa mahu pasukannya mendaki tangga liga.



Leeds kini menduduki tangga ke-17 dengan tujuh mata.



"Ia agak membimbangkan... persembahan kami agak baik, tapi keputusan tidak seperti yang kami jangkakan.



"Keadaan ini harus berubah, dan perlu berubah secepat mungkin. Tidak ada alternatif lain," kata pengurus berpengalaman asal Argentina itu.



Owen bagaimanapun yakin bahawa Leeds dapat mencatatkan kemenangan keduanya musim ini, dan mula perlahan-lahan mendaki tangga liga.



"Mereka mempunyai pemain yang berkualiti, lazimnya kualiti akan memastikan sesebuah kelab itu akan berjaya.



"Tapi mereka harus melakukannya secepat mungkin, bermula dengan perlawanan menentang Norwich.



"Walau bermain di padang lawan, saya rasa Leeds terlalu handal untuk Norwich City," kata Owen lagi. - Agensi berita.




"Kami mempunyai falsafah kami, dan itu harus diteruskan kerana ia adalah identiti kami. Bagaimanapun, kami faham bahawa kami juga harus lebih mantap di bahagian pertahanan. Dan ini adalah sesuatu yang kami sedang lakukan sebagai sebuah pasukan."
- Pengurus Norwich, Daniel Farke.




"Ia agak membimbangkan... persembahan kami agak baik, tapi keputusan tidak seperti yang kami jangkakan. Keadaan ini harus berubah, dan perlu berubah secepat mungkin. Tidak ada alternatif lain.''
​- Pengurus Leeds, Marcelo Bielsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >