Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LUMBA BASIKAL

OCBC Cycle kembali ke jalan raya

Acara 2023 'keluar' dari alam maya, tampil dua perlumbaan baru
Feb 08, 2023 | 05:30 AM



ACARA berbasikal terbesar Singapura, OCBC Cycle, akan diadakan semula di litar jalan raya tahun ini selepas sebahagiannya dijalankan secara maya akibat pandemik pada tahun-tahun yang lalu.



Buat pertama kali sejak 2019, semua kategori acara itu - Sportive 40km Ride, The Straits Times 20km City Ride, Speedway Championships, Spin Ride by CRU, dan Mighty Savers Kids & Family Ride - akan diadakan di lokasi.



Tahun lalu, hanya dua kategori, City Ride dan Speedway Championships, menampilkan perlumbaan di lokasi - yang menarik 2,000 peserta - sementara kategori lain diadakan secara maya.



Dua kategori baru diperkenal tahun ini. Penggiat sukan basikal dapat berentap pada basikal pegun dalam kategori berbasikal dalaman Indoor Ride by Shimano.



Ia akan berlangsung di Shimano Cycling World di Hab Sukan Singapura.



Namun, acara 100km Virtual Ride, yang diperkenal semasa pandemik, akan diteruskan.



Malah, mereka yang ingin menguji stamina pula boleh menyertai kategori berbasikal secara maya 500km Virtual Ride, iaitu jarak tunggangan terpanjang dalam sejarah OCBC Cycle.



Lebih 7,000 peserta dijangka menyertai OCBC Cycle edisi pertama pasca pandemik ini, yang dijadual berlangsung 6 hingga 7 Mei.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Bank Group Helen Wong, CEO Sport Singapore Lim Teck Yin, Presiden Persekutuan Berbasikal Singapura Hing Siong Chen, dan Editor The Straits Times Jaime Ho melancarkan acara itu di Orchardgateway semalam.



Wong berkata beliau bak teruja kerana berpeluang mengembalikan format penuh OCBC Cycle sempena ulang tahunnya ke-15.



"Sepanjang 15 tahun lalu, OCBC Cycle memberi penunggang basikal dan masyarakat platform menyeronokkan dan sihat untuk mendekati satu sama lain. Ia juga telah berkembang menjadi sebahagian daripada ekosistem bagi pembangunan sukan di Singapura," ujar beliau.



Lim pula berkata: "Kami ghairah untuk mengalu-alukan kembali OCBC Cycle 2023 ke dalam kalendar sukan tempatan yang padat. Ia acara penting yang peminat berbasikal kompetitif dan riadah nantikan setiap tahun.



"Sebagai acara berbasikal besar-besaran terbesar di Singapura, OCBC Cycle bukan menggalak pertumbuhan sukan berbasikal sepanjang 15 tahun lalu saja, malah menekankan kepentingan gaya hidup aktif bagi semua orang dalam masyarakat.



"Kami berharap OCBC Cycle akan terus memberi inspirasi kepada warga Singapura untuk menceburi sukan berbasikal dan mengamalkan gaya hidup sihat."



Pendaftaran bermula di Orchardgateway semalam.



Mereka yang berminat boleh juga mendaftar secara dalam talian di www.ocbccycle.com.



Kumpulan yang mendaftar awal - sehingga 7 Mac, boleh menikmati bayaran lebih rendah.



Tarikh tutup pendaftaran ialah 24 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >