Premium
Ogbonna singkir Liverpool
Feb 11, 2016 | 5:30 AM
TANDUKAN TAJAM: Ogbonna menanduk masuk gol kemenangan dalam masa kecederaan. - Foto REUTERS -
LONDON: Tandukan kencang oleh Angelo Ogbonna dalam masa kecederaan masa tambahan membolehkan West Ham menewaskan Liverpool 2-1 di Upton Park semalam, sekali gus menyingkir kelab itu daripada Piala FA.
Perlawanan pusingan keempat ulangan itu masih terikat 1-1 dan hampir berkesudahan dengan tendangan penalti selepas tendangan percuma Philippe Coutinho membantu Liverpool menyamakan kedudukan. Michail Antonio membuka tirai jaringan bagi pasukan tuan rumah.

