Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olahragawan positif Covid-19

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Manchester City Sergio Agustin kelmarin mengesahkan bahawa beliau diuji positif bagi Covid-19.



Pemain Argentina berusia 32 tahun itu telah mengasingkan diri sejak 10 Januari setelah berhubung dekat dengan seorang pesakit koranavirus dan beliau kini diuji positif beberapa hari sebelum tempoh kuarantin dijangka tamat.



"Setelah berhubung dekat dengan seorang pesakit, saya telah mengasingkan diri dan ujian terkini yang saya jalani menunjukkan keputusan positif bagi Covid-19," katanya di Twitter.



"Saya menunjukkan beberapa simptom dan saya sedang mematuhi arahan doktor untuk pilih. Jaga diri semua!"



Aguero, yang hanya memulakan tiga perlawanan musim ini akibat kecederaan lutut dan tidak beraksi sejak Oktober, akan kini mengasingkan diri untuk tempoh dua lagi minggu dan perlu kembali dengan ujian negatif sebelum dibenarkan bermain.



City kini menghuni tangga kedua liga, dua mata di belakang Manchester United dengan kelebihan satu perlawanan, namun merindui jaringan gol Aguero musim ini dan sering bermain tanpa penyerang yang berpengalaman dalam ketiadaan Aguero.



Aguero, pemegang rekod gol terbanyak City dengan meledakkan lebih 20 gol setiap musim dalam tujuh musim terakhirnya, terlepas beraksi dalam empat perlawanan mereka, termasuk kemenangan ke atas Aston Villa Rabu lalu.



"Kami perlukan Aguero, kami rinduinya. Jumlah jaringan golnya terbukti dia adalah penyerang terbaik dalam sejarah kami," kata pengurus City Pep Guardiola sebelum perlawanan Villa.



City berdepan pasukan liga tahap empat Cheltenham Town dalam pusingan keempat Piala FA hujung minggu ini.



Sementara itu, Paula Badosa menjadi pemain pertama bersaing dalam Terbuka Australia bulan depan untuk disahkan positif bagi Covid-19 semesa menjalani kuarantin di Melbourne, dengan pemain Sepanyol itu mengatakan kelmarin beliau mengalami simptom virus.



Seramai 72 pemain terkurung dalam bilik hotel mereka selama dua minggu dan tidak dapat menjalani latihan untuk Grand Slam yang bakal berlangsung 8 hingga 21 Februari itu selepas beberapa penumpang dalam tiga pesawat sewa untuk membawa mereka ke Australia diuji positif bagi koronavirus.



Badosa, 23 tahun, tiba di Melbourne setelah beraksi di Abu Dhabi awal bulan ini dan sedang menjalani hari ketujuh kuarantin apabila beliau berkata ujiannya kembali positif.



"Saya rasa tidak sihat dan mengalami simptom, tetapi saya akan cuba pulih secepat mungkin, mendengar nasihat doktor. Saya telah dibawa ke hotel kesihatan untuk mengasingkan diri dan akan dipantau," kata pemain nombor 67 dunia itu di Twitter. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >