Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ole: Gagal dalam separuh akhir bukan isu mental

Jan 8, 2021 | 5:30 AM
TERIMA KEKALAHAN: Ole Gunnar Solskjaer terima kekalahannya di separuh akhir Piala Liga kepada Manchester City dan menganggap skuad kendalian Pep Guardiola itu adalah yang terbaik di England. - Foto EPA-EFE, AFP
TERIMA KEKALAHAN: Ole Gunnar Solskjaer terima kekalahannya di separuh akhir Piala Liga kepada Manchester City dan menganggap skuad kendalian Pep Guardiola itu adalah yang terbaik di England. - Foto EPA-EFE, AFP -

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, bertegas bahawa kegagalan anak buahnya sekali lagi dalam perlawanan separuh akhir tidak mencerminkan masalah psikologi yang lebih mendalam.

United telah tewas dalam empat perlawanan separuh akhir dalam tempoh setahun - termasuk kekalahan kedua berturut-turut di tangan City dalam Piala EFL.

Mereka juga kalah di tangan Chelsea dalam Piala FA musim lalu, selain gagal mengatasi Sevilla dalam perlawanan separuh akhir Liga Europa.

"Ia tidak ada kaitan dengan isu mental," tegas Solskjaer.

"Malam ini, kami gagal mempamerkan mutu yang kami mampu pamerkan, dan City layak menang," ujar beliau lagi.

Beliau menambah: "Ruang bagi kesilapan dalam bola sepak begitu tipis, malam ini kami meloloskan gol dari dua set-play, kami perlu melakukan lebih baik. Itulah sebabnya kami kalah. Tidak lebih dari itu."

Dalam pada itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata para pemainnya terdorong untuk memenangi perlawanan itu sebagai penghargaan kepada legenda kelab itu, Colin Bell, yang baru meninggal dunia.

Kededua pasukan telah bertafakur selama seminit sebagai tanda hormat sebelum perlawanan bermula.

City, yang telah memenangi pertandingan itu buat tiga musim berturut-turut, menewaskan Manchester United 2-0 dan akan bertemu Tottenham Hotspurs di Wembley pada 25 April ini.

"Kami mendedikasikan kemenangan ini kepada Colin Bell dan keluarganya," kata Guardiola.

Bell telah membuat 501 penampilan bagi City antara 1966 dengan 1979, sambil menjaringkan 153 gol.

Mendiang membantu City untuk naik ke liga utama di England dan memenangi piala Divisyen Satu selain Piala FA, Piala Liga dan Piala Pemenang Piala.

"Ia adalah hari yang sedih untuk keluarga Manchester City.

"Kita sekarang perlu melihat ke depan, tapi kita perlu terus menghargai sejarah kelab ini yang dibangunkan oleh pemain menakjubkan.

"Colin Bell mendapat gelaran "King" oleh penyokong Manchester City kerana beliau seorang insan istimewa," kata Guardiola.

Beliau menambah: "Kita perlu bermain untuk memperjuangkan warisan pemain seperti Colim Bell, Mike Summerbee dan ramai lagi yang telah membangunkan kelab ini. Kemenangan malam ini adalah sebagai penghargaan buat mereka." - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg