Topik diikuti
Pergi ke BHkuSampel darah Valieva ada 3 dadah boleh rawat sakit jantung
Sampel darah Valieva ada 3 dadah boleh rawat sakit jantung
Sampel darah Valieva ada 3 dadah boleh rawat sakit jantung

BEIJING: Sampel darah atlet gelungsur ais Russia Kamila Valieva (gambar), yang kini terbabit dalam kes menggunakan dadah, mengandungi tiga jenis dadah yang boleh digunakan bagi merawat sakit jantung, lapor media.
Sampel itu diberikan oleh Valieva, 15 tahun, semasa satu ujian rutin pada Disember lalu.
Beliau kini diuji positif bagi dadah yang dilarang 'trimetazidine' dan makmal ujian di Stockholm juga telah menemui dua lagi dadah ubat sakit jantung yang bukan dalam senarai terlarang, iaitu 'hypoxen' dan 'L-Carnitine'.
Satu laporan The New York Times mendedahkan hasil ujian itu yang menurut sumbernya, juga telah digunakan dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada Valieva boleh bertanding di Beijing.
Dalam laporan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Anti Penggunaan Dadah Amerika Syarikat Travis Tygart berkata: "Ada tiga jenis bahan - dua yang dibenarkan dan satu yang dilarang."
Menambah, Tygar berkata pengguna tiga jenis dadah dapat manfaat kerana ia disyaki boleh menambah kelasakan tubuh, mengurangkan rasa penat dan menggalak penggunaan oksigen yang lebih berkesan.
Walau terus dibayangi skandal itu, Valieva, yang kelihatan terjejas semasa memulakan acara perseorangan wanita kelmarin, tetap memberikan persembahan yang bertenaga dan kini menjadi antara pilihan utama untuk memenangi pingat emas.
Namun, pingat emas tersebut, tidak akan diberikan kepadanya di Beijing, ia hanya akan diberikan bergantung kepada keputusan mahkamah mengenai kes Valieva yang masih tertunggak. - Agensi berita.`
