Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Olimpik: Saiyidah gagal tetapi tunjuk prestasi baik

Aug 10, 2016 | 8:06 AM
Saiyidah Aisyah, pendayung Olimpik pertama Singapura, berkata beliau dikecewakan oleh kelemahan mental dalam perlumbaan suku akhir pada 9 Ogos.
Saiyidah Aisyah, pendayung Olimpik pertama Singapura, berkata beliau dikecewakan oleh kelemahan mental dalam perlumbaan suku akhir pada 9 Ogos. - REUTERS

RIO DE JANEIRO: Sepanjang tiga suku perlumbaan acara 'sculls' mendayung pada Selasa (9 Ogos), pendayung Singapura Saiyidah Aisyah dapat menyaingi pemenang pingat emas Sukan Asia, Kim Ye Ji, apabila mereka bersaing untuk layak ke separuh akhir Sukan Olimpik Rio.

Kedua-duanya tidak berjaya - Kim menduduki tempat keempat, dua tempat di depan Saiyidah, yang berada di tempat terakhir dalam perlumbaan 2,000m melelahkan itu.

Saiyidah, 28 tahun, mencatat masa 7 minit 56 saat, di perlumbaan suku akhir pertama di Lagoa Rodrigo de Freitas di Copacabana itu, manakala Kim, juara Sukan Asia 2014 dari Korea Selatan, 7: 51.80.

Walaupun kalah, jurang empat saat itu penting bagi Saiyidah, yang menduduki tempat keempat pada pertengahan perlumbaan sebelum dipintas.

"Ia memberi saya banyak keyakinan bahawa saya boleh bersaing di peringkat Asia. Saya tidak pernah begitu rapat dengannya (Kim) dan saya tahu saya boleh menjadi lebih baik," katanya.

Perlumbaan itu dimenangi juara dunia 2014 dari New Zealand, Emma Trigg, dengan masa 7: 31.79.

Dalam kalangan 24 pendayung keseluruhannya, Saiyidah di tempat ke-21.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg