Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Olimpik: Singapura disingkir China dalam ping pong wanita, akan temui Jepun bagi gangsa

Aug 16, 2016 | 7:32 AM
Feng Tianwei menunjukkan reaksi selepas Li Xiaoxia mendapat mata semasa perlawanan mereka dalam separuh akhir ping pong pasukan wanita di Rio de Janeiro pada 15 Ogos 2016.
Feng Tianwei menunjukkan reaksi selepas Li Xiaoxia mendapat mata semasa perlawanan mereka dalam separuh akhir ping pong pasukan wanita di Rio de Janeiro pada 15 Ogos 2016. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

RIO DE JANEIRO: Menundukkan China sekali lagi terbukti hampir mustahil bagi Singapura, apabila pasukan ping pong wanita negara tewas 3-0 pada pagi Isnin (waktu Brazil) di separuh akhir.

Feng Tianwei dan rakan-rakannya kini akan menentang Jepun bagi menentukan pemenang pingat gangsa bagi Sukan Olimpik Rio 2016 pada Selasa, dalam usaha mengekalkan pingat yang mereka menang empat tahun lalu di Sukan Olimpik London.

Dengan pasukan China terdiri daripada pemain nombor satu dunia Liu Shiwen, juara perseorangan Rio 2016 Ding Ning, dan juara 2012 Li Xiaoxia (pemenang pingat perak dalam acara perseorangan Rio 2016), peluang Singapura berjaya memang tipis.

Namun, Singapura memberi tentangan yang dipuji. Feng, menentang Li dalam acara perseorangan pertama, tidak pernah ketinggalan lebih daripada tiga mata walaupun kalah 12-10, 11-8, 11-9.

Zhou Yihan, yang bermain dalam Olimpik pertamanya, menghadapi Ding Ning, pemenang pingat emas perseorangan temasya ini, dan berjaya memenangi satu permainan sebelum kalah 7-11, 11-9, 6-11, 2-11.

Dalam perlawanan beregu penting, Yu Mengyu berganding dengan Zhou untuk mengekalkan Singapura dalam perlawanan itu tetapi ternyata mereka tidak setanding bergu China dan tewas 11-4, 11-1, 11-9.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg