TOKYO: Sukan Olimpik Tokyo akan bermula pada 23 Julai tahun depan, kata penganjurnya kelmarin, selepas pandemik koronavirus Covid-19 memaksa keputusan bersejarah diambil bagi menangguh temasya sukan itu ke 2021.
Pengumuman itu menyusuli kurang seminggu selepas penganjur terpaksa menunda Tokyo 2020 dek tekanan kuat daripada atlit dan persekutuan sukan sedang pandemik sejagat itu bertambah buruk.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg