Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Olimpik: Usain Bolt juara 200m

Aug 19, 2016 | 11:14 AM
Usain Bolt menunjukkan gaya pengenalannya di depan kamera selepas memenangi emas acara 200m lelaki Sukan Olimpik Rio 2016 pada Khamis (18 Ogos).
Usain Bolt menunjukkan gaya pengenalannya di depan kamera selepas memenangi emas acara 200m lelaki Sukan Olimpik Rio 2016 pada Khamis (18 Ogos). - GAMBAR THE STRAITS TIMES

RIO DE JANEIRO: Usain Bolt meraih pingat emas keduanya dalam Sukan Olimpik Rio pada Khamis malam (18 Ogos waktu Brazil), apabila beliau memenangi acara lari 200m lelaki.

Pelari Jamaica berusia 29 tahun itu berhasrat memecahkan rekod dunianya sendiri, 19.19 saat (dicapai pada Kejohanan Dunia di Berlin 2009), dan menjadi orang pertama berlari di bawah 19 saat, tetapi tidak kesampaian.

Sebaliknya, beliau mencatat masa 19.78 saat, mengalahkan Andre De Grasse (20.02sec) dari Canada dan Christophe Lemaitre (20.12sec) dari Perancis.

Ini kemenangan ketiga berturut-turut Bolt dalam acara 200m Olimpik, sejak Beijing 2008 (19.3 saat) dan London 2012 (19.32 saat).

Ahad lalu, beliau memenangi ac ara pecut 100m. Ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turutnya dalam acara itu.

Bolt kini mengejar sejarah memenangi tiga acara dalam tiga Olimpik berturut-turut - 100m, 200m dan relay 4x100m, yang finalnya pada Jumaat malam (9.35 pagi Sabtu waktu Singapura).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg