Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Olimpik: Usain Bolt masuk final 200m, Justin Gatlin tersingkir

Aug 18, 2016 | 11:42 AM
Usain Bolt (tengah) merai kejayaannya dalam separuh akhir acara lari 200m.
Usain Bolt (tengah) merai kejayaannya dalam separuh akhir acara lari 200m. - GAMBAR EPA

RIO DE JANEIRO: Usain Bolt memasuki peringkat akhir acara lari 200m Sukan Olimpik Rio 2016 pada Khamis (18 Ogos waktu Brazil) selepas menang dalam separuh akhir, tetapi pesaingnya dari America Syarikat, Justin Gatlin, gagal melayakkan diri.

Gatlin, yang telah menjalani dua tempoh pengharaman kerana dadah, hanya menduduki tempat ketiga dengan masa 20.13 saat dan kehilangan salah satu daripada lapan tempat di peringkat akhir.

Bolt mencatat masa terbaik musim ini, 19.78 saat, dan sedang menuju kejayaan hebat pingat emas dalam tiga acara - 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti - pada tiga Sukan Olimpik berturut-turut.

Pelari Jamaica itu telah memenangi acara 100m pada Ahad lalu.

Gatlin memenangi pingat perak dalam acara 100m, tetapi kelihatan tidak selesa pada keseluruhan perlumbaan separuh akhir 200m.

Cabaran Aamerika kini terletak pada Lashawn Merritt, pakar 400m yang mencatat masa 19.94 saat.

Juga layak ke perlumbaan akhir 200m ialah Christophe Lemaitre (Perancis), Alonso Edward (Panam), Adam Gemeili (Britain), Ramil Guliyev (Turkey), Andre De Grasse (Canada) dan juara Eropah Churandy Martina dari Belanda. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg