Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FESTIVAL BOLA SEPAK HAB SUKAN SINGAPURA

Orang ramai berpusu semarak acara

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



BUKAN sahaja debaran perlawanan Piala Dunia yang kini berlangsung di Russia mencetuskan keterujaan peminat bola sepak setempat.



Malah, pelbagai acara yang dianjurkan Hab Sukan Singapura turut mendapat tumpuan peminat.



Pasukan Young Lions (Singa Muda) pimpinan Fandi Ahmad serta Home United - kededua pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) - akan mendekati peminat setempat hari ini sempena Festival Bola Sepak Hab Sukan yang sudah pun bermula sejak 14 Jun lalu dan akan berlangsung sehingga 30 Julai.



Para pemain itu akan berada di Perpustakaan Hab Sukan untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai pemain profesional.



Antara pemain itu ialah bintang muda midfield Young Lions, Jacob Mahler, yang baru-baru ini mendapat pujian Fandi kerana menyerlah semasa diundang menyertai latihan skuad nasional.



"Saya ghairah mahu bertemud dengan mereka di Hab Sukan nanti dan berkongsi pengalaman saya sebagai pemain profesional dengan pemain-pemain lebih muda atau mereka yang memikirkan untuk menjadi pemain profesional," ujar Mahler, 18 tahun.



"Adalah penting bagi pemain-pemain yang ada sekarang untuk menjadi inspirasi kepada generasi pemain masa depan... kami mahu sukan ini terus mekar di sini."



Naib kapten Hougang United, Fabian Kwok, pula melahirkan kegembiraan melihat Has Sukan kini benar-benar menjadi 'rumah bola sepak nasional'.



Mengulas, pemain midfield lasak berusia 28 tahun itu berkata:



"Hab Sukan mempunyai suasana terbaik bagi bola sepak, ia juga menawarkan pelbagai kegiatan untuk menarik penyokong mendekati sukan ini."



Stadium Negara yang boleh menempatkan 55,000 penonton pula telah menjadi hos bagi dua perlawanan SPL dan lagi dua perlawanan - Young Lions lawan Home pada hari ini dan Hougang lawan Brunei DPMM esok - sempena Festival Bola Sepak Hab Sukan.



Orang ramai boleh juga mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dan kejohanan bola sepak yang akan menampilkan sehingga 128 pasukan daripada pelbagai kategori.



Tiga pemenang utama setiap kategori boleh memenangi hadiah sehingga $1,800.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >