Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Osaka: "Atlet juga manusia"

Mahu juang pemahaman lebih mendalam ke atas tekanan mental yang dihadapi sesetengah ahli sukan, dan perlunya hormati privasi mereka
Jul 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain tenis remaja sensasi, Naomi Osaka, telah memohon supaya pihak media menghormati ruang peribadinya dan bersifat empati sedang beliau bersiap kembali beraksi di gelanggang.



Menurut pemain asal Jepun itu, beliau berharap media tidak akan cuba mendapatkan maklumat mengenai sejarah perubatan beliau dan mendedahkannya untuk tatapan umum.



Osaka telah menarik diri daripada kejohanan Terbuka Perancis Mei lalu setelah meminta diberikan kelonggaran untuk tidak menghadiri sidang media sambil memberi keadaan kesihatan mentalnya sebagai sebab.



"Dalam lain-lain pekerjaan dan kerjaya, majikan anda akan menghormati keputusan anda mengambil waktu rehat dari kerja, asalkan ia bukan sesuatu yang anda lakukan sesuka hati," katanya, menulis dalam majalah Time.



"Atlet juga manusia biasa," tambah pemain itu.



Dalam tulisannya itu, Osaka berkata dalam pekerjaan lain, seseorang pekerja itu tidak diperlukan untuk mendedahkan keadaan kesihatannya.



"Pasti ada langkah-langkah tenaga manusia untuk melindungi privasi pekerja tersebut...



"Mungkin kita harus fikirkan, mengapa kita melihat atlet dari lensa berbeza?



"Atlet juga, dari masa ke masa, mempunyai hak untuk berehat secara mental daripada penelitian media dan orang ramai tanpa berdepan dengan kemungkinan tindakan diambil ke atasnya," tambah beliau.



Osaka merujuk kepada tindakan yang diambil oleh penganjur Terbuka Perancis ke atasnya apabila beliau enggan memenuhi komitmennya kepada media.



Pemain itu akhirnya dikenakan saman, meskipun pada awalnya pihak penganjur menegaskan Osaka berdepan dengan kemungkinan digugurkan daripada kejohanan tersebut sekiranya beliau terus enggan memenuhi tanggungjawab medianya.



Juara Grand Slam empat-kali itu kemudian menarik diri daripada pertandingan tersebut sambil mendedahkan secara ringkas beliau bergelut setiap hari dengan masalah kemurungan.



"Saya rasa begitu tertekan untuk mendedahkan gejala saya kerana sejujurnya pihak media dan penganjur tidak mahu memahami atau mempercayai masalah saya.



"Saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada sesiapa pun dan berharap akan ada langkah-langkah yang diperkenal untuk melindungi atlet, terutama mereka yang dalam keadaan rentan.



"Selain itu, saya rasa tidak perlu membincangkan keadaan kesihatan saya secara terbuka, secara paksa. Biarlah saya diberi ruang untuk menangani masalah dan isu kesihatan mental yang saya hadapi.



"Justeru, saya memohon kepada pihak media untuk menghormati permintaan saya untuk privasi dan empati apabila kita bertemu kelak," ujarnya lagi.



Pihak penganjur Grand Slam sebagai respons kepada tulisan Osaka itu berkata mereka komited untuk menyumbang kepada peningkatan yang bermakna dalam menyokong para atlet dah memahami tekanan yang dihadapi para pemain.



Osaka belum lagi beraksi sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis namun beliau dijadualkan beraksi dalam Sukan Olumpik di Tokyo. - Agensi berita.




"Saya rasa begitu tertekan untuk mendedahkan gejala saya kerana sejujurnya pihak media dan penganjur tidak mahu memahami atau mempercayai masalah saya.

Saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada sesiapa pun dan berharap akan ada langkah-langkah yang diperkenal untuk melindungi atlet, terutama mereka yang dalam keadaan rentan.

Selain itu, saya rasa tidak perlu membincangkan keadaan kesihatan saya secara terbuka, secara paksa. Biarlah saya diberi ruang untuk menangani masalah dan isu kesihatan mental yang saya hadapi.

Justeru, saya memohon kepada pihak media untuk menghormati permintaan saya untuk privasi dan empati apabila kita bertemu kelak."

- Pemain tenis remaja sensasi, Naomi Osaka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >