Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Osaka mara ke final lepas hancurkan impian Williams capai rekod

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Naomi Osaka mencapai kemenangan hebat ke atas Serena Williams untuk melangkah ke final kejuaraan tenis Terbuka Australia dan mengakhiri percubaan Williams menyamai rekod memenangi Grand Slam sebanyak 24 kali



Osaka, yang menjuarai tiga Grand Slam setakat ini, berjaya bangkit selepas diberi tekanan awal oleh Williams untuk menang 6-3, 6-4.



Pemain asal Jepun itu kini telah memenangi 20 perlawanan berturut-turut dan tidak pernah tewas dalam final Grand Slam.



Beliau akan berdepan dengan Jennifer Brady dari Amerika Syarikat pada final hari ini.



Brady menewaskan Karolina Muchova 6-4, 3-6, 6-4 pada separuh akhir untuk menempah tempat di final Grand Slam pertamanya.



Pertemuan Osaka-Brady akan mengulangi separuh akhir Terbuka Amerika 2020, yang dimenangi Osaka dalam tiga set.



"Saya begitu gementar dan gerun pada awal perlawanan tetapi selepas itu, saya mula yakin dan beraksi dengan lebih tenang," kata Osaka mengenai perlawanannya menentang Williams.



"Setiap kali saya beraksi menentang beliau merupakan satu penghormatan dan saya sentiasa ingin beraksi sebaik-baiknya," tambah Osaka.



Ia kali pertama Williams tewas pada separuh akhir Terbuka Australia dalam lapan separuh akhir yang ditandinginya.



Kekalahan itu mungkin disesali Williams, 39 tahun, kerana ia bermakna beliau kehilangan satu lagi peluang menyamai rekod 24 kemenangan Grand Slam yang dicatat oleh Margaret Court.



Kali terakhir Osaka dan Williams bersemuka di Grand Slam ialah pada final Terbuka Amerika pada 2018, yang dimenangi Osaka tetapi diingati lebih kerana reaksi agresif Williams pada penghujung perlawanan.



Sejak itu, Osaka telah memenangi lagi dua kejuaraan utama dan bangkit sebagai pemain nombor ketiga dunia.



Beliau juga lebih tenang di gelanggang. Namun pada separuh akhir semalam, Williams, yang jauh lebih berpengalaman, mengenakan tekanan awal terhadap Osaka untuk mencuri servis dan kemudian memenangi servis sendiri dan meraih kelebihan 2-0.



Meskipun tidak menyampaikan servis terbaiknya, Osaka menjadi lebih yakin dan berjaya mengambil kesempatan apabila Williams mula pudar untuk memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir untuk memenangi set pertama.



Pada masa sama, Williams, yang selalunya bergantung pada servisnya, gagal menggunakan senjata itu secara berkesan dan dilihat begitu kecewa apabila pukulannya sering terkeluar. Malah, pilihan ke-10 itu memekik pada dirinya sendiri supaya beraksi lebih baik selepas beliau melakukan satu siri kesilapan dalam set kedua.



Williams bangkit sedetik selepas insiden itu tetapi Osaka tidak mengaku kalah dan mendahului 5-3 dan mencuri servis Williams. Beliau kemudian melakukan empat servis pertama hebat - termasuk satu ace - untuk memenangi perlawanan dalam masa 75 minit. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >