Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Osaka nangis dituduh peralat media

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



CINCINNATI: Pemain tenis Naomi Osaka meninggalkan sidang media sambil menangis kelmarin, selepas hubungannya dengan media mendapat perhatian apabila seorang wartawan menuduhnya menggunakan media bagi kepentingan diri sendiri.



Akhir-akhir ini hubungan Osaka dengan media tegang, dengan pemain nombor dua dunia itu berkata kesihatan mentalnya terjejas disebabkan beberapa soalan tertentu.



Kelmarin, apabila seorang wartawan tempatan Cincinnati di kejohanan Terbuka Barat dan Selatan berkata Osaka mendapat manfaat daripada liputan media yang luas tetapi tidak suka bercakap bersama wartawan, beliau tidak dapat menahan air mata ketika berusaha menjawab.



"Apabila anda berkata saya tidak suka berurusan dengan wartawan, apa yang anda cuba maksudkan?" tanya gadis kacukan Jepun dan Haiti itu.



"Sejak kecil saya mendapat banyak perhatian daripada media dan saya rasa ia juga disebabkan latar belakang saya.



"Saya tidak dapat melakukan apa-apa apabila beberapa tweet atau perkara yang saya kata menjadi bahan berita dan seumpamanya... namun saya juga akan berkata bahawa saya tidak pasti cara mengimbangi dua perkara ini."



Ketika wawancara itu, Osaka dilihat mengesat air matanya sebelum moderator menghentikan sidang media tersebut seketika.



Osaka meninggalkan bilik sidang media itu sebentar tetapi kembali untuk menyelesaikannya selepas menenangkan diri.



Wawancara tersebut mengetengahkan cabaran yang dihadapi Osaka sebagai salah seorang atlet paling terkenal di dunia.



Selepas kekalahannya di Sukan Olimpik Tokyo, di mana beliau diberi penghormatan menyalakan api Olimpik pada upacara pembukaan, Osaka akur beliau sedang berusaha mengatasi tekanan dan harapan besar yang dipikulnya.



Dalam satu kenyataan bertulis yang diberi kepada Reuters, ejen beliau Stuart Duguid mengecam soalan wartawan itu.



"Pembuli di sidang media Cincinnati mencerminkan mengapa hubungan antara pemain dan media begitu rapuh sekarang," kata Duguid.



"Semua yang berada di Zoom akan bersetuju bahawa nada suaranya salah dan tujuannya ialah menakut-nakutkan. Tingkah laku sungguh teruk," katanya.



"Dan sindiran bahawa Naomi terhutang budi kepada media adalah mitos - jangan terlalu memanjakan diri."



Wartawan berkenaan tidak segera memberi respons apabila diminta mengulas.



Pemain Jepun berusia 23 tahun itu menggunakan wadah media sosialnya untuk menarik perhatian terhadap masalah kesihatan mentalnya dan berkata beliau amat berterima kasih bagi sokongan yang ditunjukkan oleh rakan atletnya.



"Yang menarik perhatian saya ialah sewaktu di Olimpik, atlet lain memberitahu saya mereka bangga dengan apa yang telah saya lakukan.



"Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan saya fikir ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan," ujarnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >