Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Osaka tarik diri Terbuka Qatar akibat cedera belakang

Feb 08, 2019 | 05:30 AM



DOHA: Pemain tenis wanita nombor satu dunia dan juara Grand Slam sebanyak dua kali, Naomi Osaka telah menarik diri daripada bertanding di kejohanan Terbuka Qatar minggu depan selepas mengalami kecederaan belakang.



Kenyataan tersebut dibuat penganjur kejohanan itu pada Seleasa lalu namun tiada butiran lanjut diberikan mengenai kecederaan pemain tenis Jepun berusia 21 tahun itu.



Sebelum ini, Osaka juga telah menarik diri daripada kejohanan Terbuka Hongkong pada Oktober lalu atas masalah kecederaan yang sama.



"Saya mohon maaf kerana terpaksa menarik diri dari kejohanan di Doha tahun ini dan telah mengalu-alukan beraksi di hadapan peminat saya di sana," kata Osaka yang menjuarai Terbuka Australia bulan lalu, menerusi kenyataan tersebut.



"Saya berharap dapat bertemu anda semua tahun hadapan."



Keputusan pemain itu untuk tidak bertanding merupakan satu tamparan hebat kepada penganjur di Doha, yang juga mengumumkan pada Selasa lalu bahawa tempat Naomi sebagai pemain utama dalam kejohanan itu akan diambil alih oleh bekas pemain nombor satu, Simona Halep dari Romania.



Osaka kini memegang gelaran juara bagi Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Australia.



Beliau menewaskan bintang Czech Republic dan juara Terbuka Qatar tahun lalu, Petra Kvitova, dalam tiga set perlawanan di Melbourne bagi merangkul kejohanan Grand Slam keduanya selepas mengatasi Serena Williams di Flushing Meadows untuk kejuaraan sulungnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >