Ozil raih sokongan padu rakan sekelab, setelah umum persaraan wakili negara
Premium
Ozil raih sokongan padu rakan sekelab, setelah umum persaraan wakili negara
Jul 27, 2018 | 5:30 AM
JADI TUMPUAN RAMAI: Walaupun menjadi perbualan ramai atas keputusannya untuk bersara dari pasukan negara, Ozil (kanan) dijangka akan memberi persembahan terbaik ketika beraksi bagi perlawanan ICC di Singapura bersama rakan sepasukannnya (dari kiri) Reiss Nelson dan Alex Iwobi. - Foto REUTERS -
SELEPAS 92 penampilan, 23 gol dan pingat Piala Dunia, Mesut Ozil akhirnya mengambil keputusan untuk bersara dari persada bola sepak kebangsaan baru-baru ini.
Namun menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), di sebalik kesengsaraannya dan keputusan mengejutkan itu mendapat pandangan berbeza, rakan sepasukannya di Arsenal tetap akan memberinya semangat dan terus berada di sisinya.

