Topik diikuti
Pergi ke BHkuPacquiao, Mayweather mungkin bertembung lagi di gelanggang
Pacquiao, Mayweather mungkin bertembung lagi di gelanggang
Pacquiao, Mayweather mungkin bertembung lagi di gelanggang
SEDIA KEMBALI BERTARUNG: Pertarungan ulangan antara Mayweather (kiri) dan Pacquiao (kanan) mungkin akan berlaku dan kededua petinju hebat ini mengalu-alukan cabaran itu. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 29, 2018 | 5:30 AM
MANILA: Satu pertarungan ulangan blockbuster yang mungkin akan berlaku antara Manny Pacquiao dengan Floyd Mayweather kini berada setapak lebih dekat apabila ikon tinju Filipina itu mengesahkan beliau telah menandatangani kontrak dengan syarikat promoter tinju, Al Haymon, bagi beraksi di Kejohanan Tinju Perdana (PBC).
Juara tinju dunia, Pacquiao, berkata beliau akan menutup tirai kerjayanya yang menakjubkan dengan bertempur dengan "atlit tinju terhandal PBC" ketika mengumumkan kerjasama dengan syarikat Haymon yang juga merupakan penasihat bagi Mayweather.
