Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Pahit manis musim 2022

Musim 2022 Liga Perdana Singapura (SPL) melabuh tirainya malam ini, dengan Albirex Niigata menjulang trofi kejuaraan liga kelima mereka dalam tujuh tahun. BERITA HARIAN menyingkap semula lima detik penting sepanjang musim ini.
Oct 21, 2022 | 05:30 AM



1. SAILORS-TAMPINES GADUH



Insiden pergaduhan antara Lion City Sailors dengan Tampines Rovers yang berlaku di akhir perlawanan liga mereka pada Julai lalu menjadi titik perubahan dalam pemburuan trofi liga Sailors musim ini.



Bekas jurulatih Lion City Sailors, Kim Do-hoon dan penolong jurulatih Tampines, Rovers Mustafic Fahrudin, masing-masing didenda dan digantung tiga perlawanan kerana berkelahi.



Jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga mendenda Kim sebanyak $2,000, sementara Mustafic didenda $3,000. Sailors dan Tampines masing-masing juga perlu membayar denda $5,000 kerana tatalaku pemainnya.



Kim juga disingkirkan dari "kerusi panas" Sailors, sehari selepas hukuman dijatuhkan.



2. JURULATIH HEBAT UNDUR



Dua jurulatih mantap, Kim Do-hoon dan Akbar Nawas, yang dijangka membawa perubahan ke dalam SPL tidak kekal lama musim ini. Lion City Sailors memutuskan untuk berpisah dengan Kim Ogos lalu.



Pengunduran beliau berlaku kurang 24 jam selepas Kim, jurulatih asal Korea Selatan, dikenakan hukuman denda dan digantung tiga perlawanan selepas terlibat dalam perkelahian dengan seorang jurulatih pasukan lawan pada bulan sebelumnya.



Akbar pula telah melepaskan jawatannya dalam Balestier Khalsa untuk menyertai pasukan Thailand, Udon Thani FC.



Warga Singapura itu pernah menguruskan kelab Filipina, Global Cebu, dan kelab Liga India, Chennai City FC.



3. ILHAN FANDI MENYENGAT



Dengan 17 gol, Ilhan Fandi, 19 tahun, merupakan remaja tempatan yang menjaring gol terbanyak dalam semusim dalam sejarah SPL.



Angka itu meletakkan beliau di belakang Agu Casmir, yang meledakkan 25 jaringan untuk Woodlands Wellington pada 2022.



Ilhan memulakan musim menyarung jersi Young Lions sebelum berpindah ke Albirex Niigata pada April lalu.



Beliau menandatangani kontrak sehingga akhir musim ini dan akan merupakan yang pertama dalam kalangan anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, untuk merangkul takhta liga setempat.



4. SAILORS TENGGELAM



Untuk empat kali berturut-turut, Lion City Sailors tenggelam di tangan lawan dalam musim ini.



Prestasi hambar tersebut, yang pertama buat juara bertahan SPL itu dalam liga, bukan hanya memberi peluang untuk pencabar terdekatnya, Albirex Niigata merampas kedudukan di puncak tangga sekali gus menjuarai liga, tetapi juga menyoal keberkesanan jurulatih sementara mereka, Luka Lalic.



Lalic, yang merupakan Pengarah Akademi Sailors, menggantikan Kim pada Ogos lalu dan hanya mampu menang empat kali daripada lapan perlawanan di bawah kendaliannya.



5. SIAPA BAKAL REBUT BUT EMAS?



Dua penyerang kini bersaing untuk merebut anugerah But Emas SPL sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga musim ini.



Penyerang Tampines Rovers, Boris Kopitovic mendahului perlumbaan itu - sebelum menentang Tanjong Pagar semalam - dengan 33 gol musim ini.



Kodai Tanaka daripada Albirex Niigata tidak jauh ketinggalan, dengan pemain asal Jepun itu hanya satu gol di belakang warga Montenegro tersebut. Albirex bakal bertemu Geylang International malam ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >