Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA

Palace turun padang tanpa pemain harapannya dari Chelsea

Apr 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Walaupun belum melangkah masuk ke dalam padang Wembley, pertikaian antara Chelsea dan Crystal Palace telah bermula, sekali gus dijangka menambah kerancakan separuh akhir Piala FA malam esok.



Awal minggu ini, Chelsea berkeras tidak membenarkan Conor Gallagher - pemainnya yang dipinjamkan kepada Palace - menyarung jersi Palace bagi perlawanan di Wembley. Ini walaupun Palace telah membuat permohonan rasmi kepada Chelsea bagi membolehkan pemain itu beraksi di final.



Undang-undang bola sepak di England menetapkan pemain yang dipinjamkan kepada kelab lain tidak dibenarkan bermain menentang kelab asalnya, kecuali kelab asal memberi kebenaran khas.



Chelsea menolak permohonan Palace untuk menurunkan Gallagher dalam separuh akhir itu.



Laporan media di England juga berkata Gallagher tidak membuat sebarang rayuan khas kepada Chelsea untuk dibenarkan beraksi bagi Palace.



Tindakan Chelsea itu dikecam beberapa pihak, kerana dianggap bersikap kurang ihsan bagi membenarkan Gallagher beraksi dalam separuh akhir penting.



Namun, Chelsea dan Thomas Tuchel berbuat demikian kerana tahu Gallagher pemain penting bagi Palace dan Patrick Viera. Musim ini, Gallagher menjaringkan lapan gol dan mencipta lagi lima gol dalam 31 perlawanan bagi pasukan Eagles itu.



Form hangat ini mendorong jurulatih pasukan nasional Gareth Southgate mengundangnya ke skuad England bulan lalu. Gallagher, 22 tahun, beraksi selama 61 minit semasa England menentang Switzerland, dan diturunkan seketika dalam perlawanan menentang Ivory Coast.



Pengurusnya di Palace, Viera, berkata beliau simpati terhadap Gallagher.



"Keputusan ini (tidak membenarkan Gallagher bermain) bukan yang terbaik, kerana pihak benar-benar terjejas ialah Conor," ujar Vieira.



"Beraksi dalam perlawanan begitu sukar ini, pada tahap ini, adalah pengalaman begitu penting bagi seorang pemain dan dalam pembangunan seorang pemain muda. Tentu sekali saya hampa.



"Conor beraksi dalam semua perlawanan musim ini dan beliau layak beraksi dalam separuh akhir... beliau memberi sumbangan penting bagi membantu kami melangkah ke separuh akhir. Saya begitu ke-cewa," kata Vieira.



Sudah dua kali Conor terlepas beraksi dalam EPL menentang Chelsea - apabila Palace tewas 0-3 di Stamford Bridge dan 0-1 di tempat sendiri.



Malam esok, Vieira akan bergantung pada pemain barisan depan Wilfried Zaha, yang minggu ini dikaitkan dengan desas-desus sedang dilamar Arsenal bagi musim depan.



Zaha, yang beraksi cemerlang, termasuk menjaringkan gol semasa Palace menewaskan Arsenal 3-0 baru-baru ini, membisu berhubung perkara itu.



Tugasnya di Wembley nanti mencabar, terutama kerana Gallagher ti-dak akan memberi sokongan kreatif dari midfield.



Mereka akan juga berdepan dengan Chelsea yang kini terluka dan ghairah bangkit, selepas ia disingkir dari Liga Juara-Juara minggu lalu.



Walaupun telah bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Brentford dua minggu lalu untuk membelasah Southampton 0-6 dalam liga, anak didik Tuchel tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas ditewaskan Real Madrid di peringkat suku akhir.



Pemain-pemain Chelsea dijangka akan bermain lebih bermati-matian dalam separuh akhir ini, untuk memburu peluang terakhir merebut trofi musim ini.



Ini juga selepas Tuchel berkata pasukannya bak teraniaya di suku akhir Liga Juara-Juara, di mana beberapa keputusan pengadil tidak menyebelahi pasukannya.



Dengan Palace juga beranggapan mereka telah disalah laku kerana tidak dapat menurunkan pemain kreatif, jangkakan perlawanan yang hebat esok. - Agensi berita.




"Conor beraksi dalam semua perlawanan musim ini dan beliau layak beraksi dalam separuh akhir... beliau memberi sumbangan penting bagi membantu kami melangkah ke separuh akhir. Saya begitu kecewa."
- Patrick Viera, pengurus Crystal Palace.




"Sukar mendapatkan keputusan yang diharapkan di stadium ini (Southampton)... tapi kami mencapainya dengan mudah. Kekuatan kami ialah daya tumpuan kami, terutama apabila kami mempunyai bola."
- Thomas Tuchel, pengurus Chelsea, selepas kemenangan 6-0 di Southampton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >