Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Bye! Bye! Lampard

Budaya tidak sabar Chelsea berlaku lagi apabila Lampard dipecat
Jan 27, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Langkah Chelsea memecat pengurus mereka, Frank Lampard, adalah mengecewakan namun para pemerhati berkata Lampard sedar bahawa Chelsea adalah sebuah kelab yang tidak memiliki kesabaran dan tidak pernah memberi kepercayaan penuh kepada pengurus mereka lebih-lebih lagi apabila keadaan mula menjadi mencabar.



Justeru, setelah tiga kekalahan dalam empat perlawanan termasuk tewas 0-2 di tangan antara pencabar utama mereka, Leicester City, yang menempatkan kelab London itu di tangga ke-9, Lampard, legenda Chelsea yang telah memenangi 11 piala utama bersama kelab tersebut dalam 211 penampilan, dipecat.



Bekas kapten Manchester United, Roy Keane, berkata hanya minggu lalu setelah perlawanan menentang Leicester, bahawa beliau yakin Lampard akan dipecat.



Menurut beliau:



"Ia adalah satu hakikat. Chelsea tidak mempunyai kesabaran. Ia adalah sebahagian daripada budaya kelab itu. Dan Frank, walaupun beliau seorang pemain cemerlang bagi Chelsea, seorang legenda di kelab tersebut, juga tidak akan terselamat daripada budaya tersebut."



Pemilik Chelsea, Roman Abramovich, adalah pemangkin budaya tersebut.



Sejak membeli kelab itu pada 2003, beliau telah menggajikan dan memecat 12 pengurus - dan salah seorang daripada mereka, Jose Mourinho, dipecat dua kali!



Dalam kenyataannya, Abramovich berkata langkah memecat Lampard adalah antara yang paling sukar memandangkan beliau amat menghormati dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemain itu.



"...namun, untuk kebaikan Chelsea, ia adalah keputusan yang perlu saya ambil," ujarnya dalam kenyataan tersebut.



Namun, beberapa pemerhati berbelah bagi sama ada memecat Lampard adalah untuk kebaikan Chelsea, dan sama ada penggantinya dapat membawa Chelsea ke kedudukan yang didambakan Abramovich.



Sejurus setelah Lampard dipecat, desas desus mengatakan bahawa penggantinya, bekas pengusus Paris St-Germain, Thomas Tuchel, sudah pun bersetuju mengambil jawatan di Stamford Bridge itu.



Rakan sepasukan Lampard dalam pasukan England, Gary Neville, berpendapat bahawa Tuchel tidak semestinya dapat mencapai matlamat Abramovich.



"Saya faham mengapa Frank dipecat...keputusan dalam sebulan dua ini tidak begitu baik dan persembahan terutama dari pemain utama yang dibeli dengan yuran pemindahan besar amat mengecewakan," ujarnya, merujuk kepada lebih $300 juta yang dibelanjakan Chelsea musim ini - tertinggi di Eropah.



"Tapi saya yakin beliau harus diberi masa. Pemilik bola sepak harus faham bahawa ia adalah satu proses. Bila Frank diberi kepercayaan membelanjakan wang itu dengan mendapatkan ramai pemain muda, pemain yang mempunyai potensi, pastinya ia adalah satu projek jangka panjang dan hasilnya tidak boleh dilihat dalam tempoh enam bulan," tambah beliau.



Menurut Neville, jika desas desus yang keluar dari Stamford Bridge adalah benar, maka sumber masalah di Chelsea harus ditangani sekiranya Tuchel mahu diberi peluang untuk berjaya.



"Kami mendengar ada campur tangan...Frank tidak mempunyai kuasa penuh dalam memilih pasukan dan pemain. Ini semua menimbulkan tekanan dalam kelab dan menjejas perpaduan pasukan. Ini harus berubah dan ditangani, jika tidak 18 bulan dari sekarang kita akan membincangkan pemecatan Tuchel pula. Itu saya pasti," katanya lagi.



Sementara itu, dalam mesej pertamanya sejak berita pemecatan itu, Lampard mengucapkan terima kasih kepada Chelsea dan Abramovich kerana memberi beliau keyakinan memimpin Chelsea.



"Ia adalah impian saya yang menjadi kenyataan...saya akan sentiasa mencintai kelab ini."



Malangnya, cinta Lampard tidak berbalas. - Agensi berita.




PANDANGAN NEVILLE



Faham tapi...



"Saya faham mengapa Frank dipecat...keputusan dalam sebulan dua ini tidak begitu baik dan persembahan terutama dari pemain utama yang dibeli dengan yuran pemindahan besar amat mengecewakan.

"Tapi saya yakin beliau harus diberi masa. Pemilik bola sepak harus faham bahawa ia adalah satu proses. Bila Frank diberi kepercayaan membelanjakan wang itu dengan mendapatkan ramai pemain muda, pemain yang mempunyai potensi, pastinya ia adalah satu projek jangka panjang dan hasilnya tidak boleh dilihat dalam tempoh enam bulan.''

- Gary Neville, bekas rakan sepasukan Lampard dalam pasukan England.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >