Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Paolo Rossi meninggal dunia

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



ROME: Paolo Rossi, wira kempen pasukan Italy yang memenangi Piala Dunia 1982 , telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.



Berita itu diumumkan semalam oleh saluran televisyen Itali, RAI Sport, di mana Rossi bertugas sebagai pengamat bola sepak.



"Berita yang sangat menyedihkan: Paolo Rossi telah meninggalkan kami," kata penyampai berita RAI Sport, Enrico Varriale, yang tidak menyatakan sebab kematian pemain legenda itu



"Pablito (nama timangan Rossi) yang tidak dapat dilupakan, yang membuat kita semua jatuh cinta pada musim panas 1982 dan yang merupakan rakan kerja yang berharga dan kompeten di RAI sejak beberapa tahun kebelakangan ini."



Tidak lama selepas pengumuman itu, isteri Rossi, Federica Cappelletti, mengirimkan foto dirinya dan suaminya di Instagram bersama dengan kata-kata "per semper" - "selamanya".



"Tidak akan ada orang seperti anda, unik, istimewa, selepas anda semuanya kosong ....", tulis Cappelletti di Facebook.



Berita kematiannya muncul dua minggu selepas kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, pemenang Piala Dunia 1986.



Rossi diiktiraf sebagai pemberi inspirasi kepada Italy dalam kemenangan Piala Dunia ketiga negara itu di Sepanyol pada 1982.



Tetapi ikon sukan Italy itu hampir-hampir terlepas menyertai kejohanan tersebut. Beliau terjebak dalam skandal rasuah, dan dilarang bermain selama tiga tahun pada 1980, tetapi setelah terus menyifatkan dirinya tidak bersalah dan memprotes keputusan itu, beliau akhirnya dibebaskan untuk bermain.



Pemain sayap yang lincah yang kemudiannya beralih menjadi penyerang tengah, Rossi mempunyai kemampuan luar biasa untuk berada di tempat dan tepat pada waktunya.



Beliau menloncat ke pentas kejohanan 1982 dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan menewaskan Brazil 3-2.



Di separuh akhir, beliau menjaringkan dua gol apabila Italy mengalahkan Poland 2-0, dan dalam perlawanan akhir menentang Jerman Barat beliau membuka jaringan dalam kemenangan 3-1.



Rossi menamatkan kejohanan itu sebagai penjaring terbanyak dengan enam gol.



Beliau juga merupakan anggota pasukan Italy yang menduduki tempat keempat di Argentina pada 1978.



Bersama Christian Vieri dan Roberto Baggio, beliau memegang rekod di Italy dengan menyumbang sembilan gol di kejohanan Piala Dunia.



Selain itu, Rossi menjaringkan 20 gol dalam 48 penampilan untuk Italy dan terpilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada 1982.



Dilahirkan di Prato di Tuscany, Rossi membuat penampilan profesional pertama di Juventus pada tahun 1973, dan juga bermain untuk Vicenza, Perugia dan AC Milan sebelum menamatkan kerjayanya pada tahun 1987 di Verona.



Bersama Juventus, beliau memenangi dua gelaran Serie A, Coppa Italia, Piala Pemenang Piala Eropah, dan Piala Eropah.



Selepas kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Rossi bekerja sebagai pengamat bola sepak di televisyen. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >