Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA BELIA ASIA (AYPG) 2021

Para-atlet belia SG bersemangat mahu catat yang terbaik

SG tampilkan 13 atlet muda yang akan beraksi dalam empat cabang sukan - atletik, boccia, renang dan tenis meja - kejohanan berlangsung di Bahrain
Dec 01, 2021 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun tidak menyertai pertandingan akibat pandemik Covid-19, para-atlet Singapura bersedia kembali ke gelanggang sukan antarabangsa di Sukan Para Belia Asia (AYPG) 2021 yang berlangsung di Bahrain mulai esok hingga 6 Disember.



Rombongan Singapura yang telah berada di Manama sejak Isnin lalu dianggotai 13 atlet muda dalam empat cabang sukan - atletik, boccia, renang dan tenis meja.



Bekas perenang nasional dan pemenang pingat gangsa Paralimpik 2016, Theresa Goh, memimpin kontinjen itu selaku chef-de-mission.



Di balapan bagi acara atletik, Singapura diwakili empat pelari pecut: pemenang pingat emas AYPG 2017, Muhammad Nur Ariq Yaakub; pemenang pingat perak AYPG 2017, Siti Nurhayati Ali Aksar Khan; dan dua pendatang baru, Ahmad Nor Imran Nor Azhar dan Maveric Lee.



Ariq, 18 tahun, juara lumba lari 400 meter bagi atlet daya kecerdasan rendah (T20) kategori usia bawah 18 tahun di edisi AYPG yang lalu di Dubai, berkata beliau berharap dapat memenangi pingat emas lagi, kali ini dalam kategori usia bawah 20 tahun.



"Jurulatih Hosni pesan untuk saya fokus mendapat masa yang baik... saya akan cuba sedaya upaya dan banggakan keluarga saya," kata pelajar Sekolah Senior Delta APSN itu, yang menjadikan bekas pelari pecut Jamaica Usain Bolt sebagai idolanya.



Rakan sepasukan, Nurhayati, 19 tahun, pula berkata beliau berharap dapat mencatatkan masa terbaik peribadi baru dalam acara T20 wanita di AYPG 2021. Beliau bertanding dalam kategori bawah 20 tahun.



Empat tahun lalu di Dubai, Nurhayati menang pingat perak dalam acara sama bagi kategori Bawah 18 Tahun dengan masa satu minit dan 15.11 saat.



Di Pacer Meet anjuran persatuan Atletik Para Singapura pada September lalu, Nurhayati meraih masa terbaik peribadi beliau, 1:03.42 saat. Pertandingan itu diadakan sebagai kelayakan dan persiapan menjelang AYPG 2021 ini.



"Pandemik telah menghambat latihan dan kami harus menyesuaikan diri... (tapi) saya harus kekal tenang, fokus dan terus cuba menjadi lebih baik," tambah Nurhayati, yang sudah bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B).



Dua pelari pecut lain, Imran dan Maveric, kededuanya 18 tahun, berharap dapat memaparkan persembahan baik dalam penampilan sulung mereka di AYPG.



Imran, pelajar Sekolah Senior Delta APSN, berkata: "Saya tak sabar... rasa juga agak tertekan tapi saya akan cuba mencatatkan masa terbaik peribadi saya di sana."



Maveric, pelajar Sekolah Eden, turut menetapkan sasaran sama untuk memperbaiki masa terbaik peribadinya di Bahrain.



Kededua Imran dan Maveric akan bertanding dalam acara lumba lari 400 meter T20 U20 lelaki bersama Ariq.



Di AYPG 2017, Singapura, yang diwakili 28 atlet dalam lima cabang sukan, mencatatkan persembahan terbaik apabila memenangi lima pingat emas, enam pingat perak dan tujuh pingat gangsa. Atletik menyumbang dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa.



Ketua jurulatih atletik, Muhamad Hosni Muhamad, yang melatih kededua skuad AYPG 2017 dan 2021, akur bahawa persiapan bagi edisi kali ini lebih merumitkan gara-gara pandemik.



Ini termasuk harus membuat penyesuaian dari segi menjalani latihan - yang terpaksa dilakukan di rumah atlet masing-masing dan secara dalam talian.



"Disebabkan pandemik, terdapat banyak sekatan yang menghambat kami daripada mengadakan latihan di luar. Adalah sukar untuk menetapkan sebarang sasaran kali ini.



"Tapi saya percaya atlet-atlet kami ini akan berikan yang terbaik," kata Hosni, yang juga merupakan bekas jaguh pelari pecut nasional.




"Disebabkan pandemik, terdapat banyak sekatan yang menghambat kami daripada mengadakan latihan di luar. Adalah sukar untuk menetapkan sebarang sasaran kali ini. Tapi saya percaya atlet-atlet kami ini akan berikan yang terbaik."
- Ketua jurulatih para-atletik, Muhamad Hosni Muhamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >