Topik diikuti
Pergi ke BHkuParaguay benam Jepun 2-1
Paraguay benam Jepun 2-1
Paraguay meraih kemenangan 2-1 ke atas Jepun dalam perlawanan terakhir Cabaran Mizuho Blue - Siri Bola Sepak Kallang Singapura.
Kekalahan itu bermakna Jepun gagal menghadiahkan kemenangan sebagai perpisahan buat ketua jurulatih, Hajime Moriyasu, dalam perlawanan terakhir beliau mengendalikan pasukan.
Penjaring gol bagi Paraguay ialah pemain pasukan Russia, FC Dynamo Moscow, Juan Caceres dan pemain pasukan Brazil, SE Palmeiras, Gustavo Gomez.
Walaupun Jepun berjaya menjaringkan gol saguhati melalui Shio Fukuda, jaringan beliau tidak cukup untuk mengelak kekalahan bagi pasukannya.
Keputusan itu bermakna Paraguay mengakhiri Cabaran Mizuho Blue dengan dua kemenangan termasuk kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada 13 November.
Jepun pula mengakhiri kempen mereka dengan satu kekalahan dan satu kemenangan 3-2 atas Brazil pada 14 November.