Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PARALIMPIK TOKYO

6 atlet yang gegarkan Paralimpik

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan yang meraikan semangat dan kekuatan manusia yang luar biasa, dan tidak ada manusia lain yang menunjukkan perwatakan ini lebih daripada enam atlet yang mewakili Pasukan Paralimpik Pelarian (RPT) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Atlet-atlet ini, yang terdiri dari satu wanita dan lima lelaki, akan bertanding di acara Para Atletik, Para Renang, Para Kanu dan Taekwondo. Pasukan ini mewakili lebih dari 82 juta orang di seluruh dunia yang terpaksa melarikan diri dari perang, penganiayaan, dan pelanggaran hak asasi manusia, dengan 12 juta daripada mereka hidup dengan kecacatan. Chef de Mission bagi kontinjen ini adalah Ileana Rodriguez, seorang pelarian dari Cuba yang bertanding dalam Sukan Paralimpik London 2012 dalam sukan berenang untuk pasukan Amerika Syarikat.




ANAS AL KHALIFA

(PARA KANU)



Dilahirkan di Syria pada 1993, Anas membesar seperti kanak-kanak lain. Namun segalanya berubah apabila peperangan berlaku pada 2011 dan beliau terpaksa dipisahkan dari keluarganya.



Beliau berpindah ke Jerman pada 2015 dan mendapat pekerjaan membantu memasang panel suria di bumbung tetapi tragedi berlaku tiga tahun kemudian selepas beliau tergelincir dan jatuh ketika sedang bekerja di sebuah bangunan dua tingkat.



Akibat itu, Anas mengalami kecederaan saraf tunjang yang bermakna beliau tidak lagi dapat bergerak seperti biasa. Beliau juga patah kaki kirinya.



Anas berharap sebagai sebahagian dari Pasukan Pelarian Paralimpik ini akan membantunya berkongsi mesej harapan kepada para pelarian lain.



SHAHRAD NASAJPOUR

(PARA ATLETIK)



Membesar di Iran, Shahrad meminati sukan.



Dilahirkan dengan palsi serebrum yang menyebabkan kesukaran pergerakan di bahagian kiri tubuhnya, beliau bermula dengan sukan tenis meja.



Namun beliau kemudian diperkenalkan dengan sukan lempar cakera dan beliau pantas jatuh cinta dengan sukan itu.



Beliau terpaksa meninggalkan negara kelahirannya pada 2015 untuk ke Amerika Syarikat disebabkan keadaan yang tidak selamat di situ.



Shahrad akan mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik keduanya di Tokyo.



IBRAHIM AL HUSSEIN

(PARA RENANG)



Al Hussein dilahirkan pada 1988 dalam sebuah keluarga atletik di Deir al Zor, Syria, yang terletak di tebing Sungai Euphrates sekitar 100 kilometer dari Iraq.



Bapanya merupakan seorang jurulatih renang, yang pada masa mudanya pernah memenangi dua pingat perak di Kejohanan Asia. Al Hussein mempunyai impian untuk mengikut jejak bapanya dan bahkan mungkin suatu hari mewakili negaranya di Sukan Olimpik.



Bagaimanapun, semuanya berubah apabila krisis di Syria bermula pada 2011.



Semasa membantu rakannya yang ditembak, sebuah bom meletup dekat dengan mereka. Al Hussein kehilangan kaki kanan di bahagian bawah dalam letupan tersebut dan beliau turut mengalami kecederaan parah pada pergelangan kaki kirinya.



ALIA ISSA

(PARA ATLETIK)



Alia dilahirkan di Greece setahun selepas keluarganya meninggalkan Syria untuk mencari kehidupan yang lebih baik.



Ketika berusia empat tahun, kehidupan beliau berubah dalam sekelip mata. Beliau dijangkiti penyakit cacar dan dimasukkan ke hospital.



Beliau mengalami demam panas hingga mengakibatkan kerosakan otak. Disebabkan itu, Alia kini terpaksa menggunakan kerusi roda dan memerlukan sokongan serta mempunyai kepayahan bertutur.



Atlet lempar tombol (club throw) itu berharap pencapaiannya untuk bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dapat menunjukkan kepada wanita muda kurang upaya serta wanita pelarian lain bagaimana sukan dapat membuka kemungkinan yang luas.



ABBAS KARIMI

(PARA RENANG)



Dilahirkan tanpa lengan, Abbas meninggalkan tempat tinggalnya di Afghanistan untuk melarikan diri dari konflik, selain mencari masa depan baru dan mengejar impiannya untuk menjadi perenang Paralimpik.



Sewaktu membesar, ibu bapa beliau berusaha melindunginya namun beliau hanya mahu keluar dan bermain seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun beliau sedar bahawa ia bukan sesuatu yang mudah kerana sering dibuli.



Segalanya berubah setelah abangnya membina kolam renang ketika beliau berusia 13 tahun. Kolam tersebut menjadi tempat di mana beliau berasa selamat dan beliau menghabiskan sebahagian besar waktunya di dalam kolam.



Bimbang akan keselamatannya di Afghanistan yang bergolak dengan peperangan sejak beliau dilahirkan, Abbas memutuskan untuk melarikan diri dan pernah ditempatkan di beberapa kem pelarian sebelum akhirnya tiba di Amerika Syarikat untuk meneruskan latihan.



PARFAIT HAKIZIMANA

(TAEKWANDO)



Parfait tinggal di Kem Pelarian Mahama di Rwanda, berhampiran sempadan dengan Burundi. Ini adalah kem pelarian terbesar di Rwanda dengan sekitar 60,000 orang tinggal di sana.



Pada Oktober 2015, beliau menyertai ribuan yang lain untuk melarikan diri dari keganasan dan kerusuhan di negaranya, Burundi.



Hidup atlet berusia 33 tahun itu berubah pada 1996 selepas tempat tinggalnya diserang, hingga menyebabkan beliau kehilangan ibunya dan beliau mengalami kecederaan tembakan parah yang menyebabkan lengan kirinya kehilangan upaya.



Atlet taekwondo kelahiran Burundi menjadi atlet Para pertama yang akan bertanding di Sukan Paralimpik, langsung dari kem pelarian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >