PREVIU FINAL PIALA FA
Pardew gesa Palace usah sesia cipta sejarah
May 21, 2016 | 05:30 AM
LONDON: Pengurus Crystal Palace Alan Pardew menggesa pemainnya memanfaatkan peluang keemasan mengukir nama dalam sejarah kelab itu dengan menewaskan Manchester United pada final Piala FA England hari ini (pada 11.55 malam ini, waktu Singapura).
Musim ini kali pertama Palace melayakkan diri ke final kejohanan berprestij ini sejak 1990 - ketika itu juga menentang United yang mana mereka tewas 0-1 dalam pertarungan ulangan selepas perlawanan pertama terikat 3-3.