Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN DUNIA WANITA HSBC

5 pemain tempuan

Apr 25, 2021 | 05:30 AM



JUARA BERTAHAN

PARK SUNG-HYUN (Korea Selatan)



PARK, 27 tahun, akan bertekad mempertahankan kejuaraannya di Singapura.



Pemain nombor 14 dunia itu telah meraih tujuh kemenangan dalam Jejalah LPGA sejak bertanding pada 2017.



Ini termasuk dua Major, Terbuka Wanita AS 2017 dan Kejohanan PGA Wanita 2018.



Ini merupakan penampilan keempat beliau di Kejohanan Dunia Wanita HSBC.



PEMAIN NO 1 DUNIA

KO JIN-YOUNG (Korea Selatan)



PEMAIN nombor satu dunia, Ko, mempunyai tujuh kejuaraan dalam Jelajah LPGA, yang mana dua ialah pertandingan Major, Kejohanan Evian dan ANA Inspiration.



Ko, 25 tahun, mengakhiri musim 2019 dengan Gelaran Wang Rasmi bagi pungutan kemenangan bernilai AS$2,773,894 ($3,697,961), Trofi Vare bagi purata mata terendah (69.06) dan dinobat Pemain Terbaik LPGA.



Pada 2020, beliau sekali lagi disampaikan Gelaran Wang Rasmi meskipun hanya bersaing dalam empat kejohanan.



Ini merupakan penampilan ketiga beliau di Kejohanan Dunia Wanita HSBC.



PARK IN-BEE (Korea Selatan)



PEMENANG pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016, Park, 32 tahun, akan cuba mencari rentak sebelum mempertahankan kejuaraannya di Tokyo bagi Sukan Olimpik 2021 Julai ini.



Pemain nombor dua dunia itu telah menjuarai tujuh kejohanan Major dalam kerjayanya.



Ini termasuk tiga kejuaraan Major berturut-turut semasa musim 2013, menjadikannya hanya pemain keempat Jelajah LPGA untuk meraih pencapaian itu dalam satu tahun kalendar.



Ini merupakan penampilan ke-13 Park di Kejohanan Dunia Wanita HSBC dan beliau bertekad mengulangi kemenangannya di Singapura pada 2017.



PATTY TAVATANAKIT (Thailand)



PEMAIN 'rookie' Tavatanakit, 21 tahun, akan berusaha membina kejayaan yang diraih baru-baru ini.



Pemain nombor 13 dunia itu mengejutkan ramai ketika menjuarai Major pertama dalam Jelajah LPGA musim ini, ANA Inspiration, pada awal bulan ini.



Ini merupakan penampilan sulung beliau di Kejohanan Dunia Wanita HSBC. 



DANIELLE KANG (Amerika Syarikat)



KANG, 28 tahun, meraih lima kemenangan dalam Jelajah LPGA, termasuk kejuaraan Major di Kejohanan PGA Wanita KPMG pada 2017.



Pemain nombor lima dunia itu adalah salah seorang daripada hanya dua pemain - yang lain ialah Kim Sei-Young - untuk merebut dua kejuaraan dalam Jelajah musim lalu, yang dipendekkan akibat koronavirus.



Ini merupakan penampilan ketujuh beliau di Kejohanan Dunia Wanita HSBC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >