Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI AFF 2020

Pasukan asing mula 'turun padang'

Gelembung ketat bagi pasukan, jadual perjalanan diatur, terhad pada hotel, tempat latihan dan stadium
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



LEBIH separuh pasukan asing yang bakal berentap merebut Piala Suzuki AFF 2020 sudah tiba di Singapura sejak kelmarin, tiga hari sebelum kejohanan berprestij rantau ini bermula.



Pasukan-pasukan itu perlu mematuhi langkah keselamatan Covid-19 ketat, sama seperti yang ditetapkan semasa Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U23) AFC Oktober lalu di sini.



Sebanyak 10 pasukan bertanding dalam Piala Suzuki AFF 2020.



Pertandingan dwitahunan itu akan berlangsung di sini hampir sebulan hingga 1 Januari depan.



Disebabkan pandemik Covid-19, edisi ke-13 kejohanan ini ditunda setahun dan diadakan di sebuah lokasi pusat.



Singapura dilantik sebagai tuan rumah dengan Stadium Negara dan Stadium Bishan menjadi medan persaingannya.



Myanmar pasukan asing pertama mendarat di Kota Singa petang kelmarin.



Semalam, empat lagi pasukan - Laos, Filipina, Vietnam dan Thailand - tiba.



Pasukan Laos tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi sekitar 12 tengah hari.



Persekutuan Bola Sepak Lao (LFF) berkata di laman Facebooknya semalam bahawa kontingen Laos seramai 46 orang - 16 kakitangan jurulatih serta pegawai, dan 30 pemain - berangkat ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane, Laos, pagi semalam.



Kontingen itu termasuk dua warga Singapura - V. Sundramoorthy, selaku pengarah teknikal pasukan nasional Laos, dan V. Selvaraj, ketua jurulatih pasukan nasional Laos.



Sejam kemudian, pasukan Filipina tiba melalui Terminal 1.



Ini diikuti juara bertahan Vietnam dan pasukan Thailand, yang tiba di Terminal 3, masing-masing pada 3.20 petang dan 3.45 petang.



Selain Singapura dan lima pasukan itu, empat lagi pasukan dijangka tiba di sebelum Sabtu ini.



Mereka ialah Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Timor Leste.



Difahamkan bahawa semua pasukan ditempatkan dalam gelembung ketat semasa di sini.



Ini bermakna semua pasukan mempunyai jadual perjalanan yang diatur dan terhad pada hanya hotel, tempat latihan dan stadium perlawanan.



Difahamkan juga bahawa enam padang di serata Singapura diperuntukkan bagi 10 pasukan itu menjalankan latihan masing-masing.



Mereka menginap di enam hotel berbeza.



Sekiranya kes positif Covid-19 dikesan semasa rutin ujian virus itu, difahamkan bahawa individu berkenaan bersama kontak rapatnya akan diasingkan di bilik hotel masing-masing hingga mereka pulih dan/atau diuji negatif bagi virus itu.



Persaingan Kumpulan A bermula Ahad ini dengan Timor Leste menentang Thailand, disusuli Singapura berdepan Myanmar di Stadium Negara.



Jualan tiket bagi perlawanan pusingan kumpulan dibuka kepada orang ramai mulai semalam.



Sebelum ini, hanya penyokong Singapura diberi akses membeli tiket sejak Ahad lalu.



Tiket boleh dibeli menerusi laman web Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >