Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan bola sepak Liverpool beri sokongan

Jun 2, 2020 | 10:30 AM
BERSATU SUARA: Seramai 29 pemain kelab bola sepak Liverpool berkumpul di bulatan tengah padang dan melulut sebagai menunjukkan sokongan terhadap pergerakan 'Black Lives Matter' susulan kematian Encik George Floyd di Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu.
BERSATU SUARA: Seramai 29 pemain kelab bola sepak Liverpool berkumpul di bulatan tengah padang dan melulut sebagai menunjukkan sokongan terhadap pergerakan 'Black Lives Matter' susulan kematian Encik George Floyd di Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu. - - Foto: LIVERPOOL FC

LONDON: Seramai 29 pemain kelab bola sepak Liverpool berkumpul di bulatan tengah padang dan melulut sebagai menunjukkan sokongan terhadap pergerakan 'Black Lives Matter' susulan kematian Encik George Floyd di Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu.

Pemain 'The Kop' termasuk Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di media sosial, Twitter, dengan menyatakan "Bersatu memberi kekuatan", diikuti tanda pangkah #BlackLivesMatter.

Kejadian mengejutkan itu mencetuskan bantahan dan tunjuk perasaan di bandar seluruh dunia dan mendapat kritikan hebat ikon sukan seperti Michael Jordan dan Lewis Hamilton.

"Pada ketika ini saya meminta orang ramai supaya bersatu, saling bekerjasama, kita seperti lebih berpecah daripada sebelumnya. Orang ramai disakiti dan ia perlukan jawapan," kata Rashford. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg