Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Borrusia Dortmund hadapi serangan ganas

Serangan berlaku semasa dalam perjalanan menentang Monaco
Apr 12, 2017 | 08:39 AM



DORTMUND (Jerman): Pasukan kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund, menghadapi serangan ganas awal pagi tadi sewaktu dalam perjalanan bagi menghadapi perlawanan suku akhir Piala Juara-Juara menentang pasukan Monaco di padang sendiri.



Polis Jermanberkata, kejadian yang berlaku kira-kira 10km dari stadium itu melibatkan tiga letupan dan dianggap sebagai "percubaan membunuh".



Jurucakap kelab Borrussia Dortmund pula menyifatkan serangan itu sebagai sesuatu yang "disasarkan".



Gambar-gambar yang disebarkan menunjukkan cermin tingkap bas bersepai dan tayar meletup.



Pemain pertahanan Sepanyol, Marc Bartra, patah tulang di pergelangan tangan.



Jurucakap kelab Borussia Dortmund, Encik Sascha Fligge berkata, Bartra menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'objek' dipercayai serpihan akibat letupan.



Ketua Polis Dortmund, Gregor Lange, berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi dan tidak menolak sebarang kemungkinan yang menjadi motif serangan.



Serangan berlaku di Hoechsten, di luar bandar, kira-kira 1 pagi tadi waktu Singapura (7 malam waktu tempatan).



"Kami perlu ada jangkaan, bagaimana dan di mana ia berlaku yang menjurus kepada sasaran utama iaitu pasukan Borussia Dortmund," katanya.



Sejauh ini belum ada bukti kukuh untuk polis membuat rumusan, ujarnya.



Dalam pada itu, polis Jerman dikatakan sedang menyiasat sekeping surat yang dikatakan ditemui dekat tempat kejadian.



Pihak berkuasa bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kandungan selain menyatakan ia sedang disiasat.



Dalam kejadian itu bas rasmi yang membawa pasukan Borissia Dortmund dari L'Arrivee Hotel and Spa, di pinggir bandar berhampiran Stadium Dortmund.



Kejadian tersebut menyebabkan perlawanan suku akhir menentang Monaco ditunda sehingga 612.45 tengah malam esok (waktu Singapura) setelah pemain tuan rumah mengalami kecederaan.



Penjaga gol Dortmund, Roman Buerki menceritakan, bas baharu saja bergerak keluar dari hotel bila 'letupan kuat' berlaku secara tiba-tiba dan menerbangkan serpihan kaca.



Buerki, pemain kelahiran Switzerland memberitahu Swiss daily Blick, ketika itu dia berada di kerusi barisan belakang, berhampiran dengan Bartra.



Penyokong di stadium Signal Iduna Park yang boleh menempatkan 80,000 orang itu diarahkan untuk kekal di situ sehingga keadaan didapati selamat untuk mereka beredar.



Stadium itu kemudiannya dikosongkan demi keselamatan dan polis mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas kerjasama mereka. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >