Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: FLOORBALL

Pasukan floorball lelaki terlepas peluang berentap di final

Pasukan floorball wanita berpeluang raih emas
May 16, 2023 | 05:30 AM



SEMENTARA edisi-edisi lalu menyaksikan kededua pasukan lelaki dan wanita floorball berentap dalam final Sukan SEA, Singapura kali ini akan hanya diwakili dalam satu acara di Kemboja.



Skuad wanita negara mara ke final selepas menamatkan persaingan pusingan kumpulan di tangga kedua, manakala yang lelaki buat kali pertama terlepas ke final apabila hanya mampu menduduki tempat ketiga.



Hanya dua pasukan teratas kumpulan, yang disertai lima negara, layak ke final.



Dalam aksi kumpulan yang terakhir mereka di Dewan Taman Dinosaur pada Isnin, kededua pasukan lelaki dan wanita tumbang di tangan Thailand.



Pasukan lelaki Singapura berhempas-pulas untuk cuba melakukan 'comeback' selepas tiga kali ketinggalan. Tetapi, kesuntukan masa memberikan kemenangan 4-3 kepada juara bertahan Thailand dalam perlawanan "do-or-die" itu.



Kekalahan kedua Singapura - termasuk tumpas kepada Filipina 1-2 pada Ahad - tidak cukup untuk membawa pasukan lelaki negara ke pusingan akhir.



Jurulatih Singapura Lim Jin Quan, yang jelas kelihatan emosi susulan kekalahan tersebut, memberitahu Berita Harian (BH):



"Saya turut berasa kekecewaan pemain sebab kami memang benar-benar tekad untuk membawa balik emas untuk Singapura."



Singapura merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2015 di tanah air, sebelum takhta mereka dirampas Thailand pada edisi 2019 di Filipina.



"Kami tahu Thailand adalah lawan yang sukar...Kami telah banyak berkembang secara taktikal, disiplin dan kematangan, lebih-lebih lagi dengan muka baru dalam pasukan. Kami akan melangkah ke depan dan belajar daripada kesilapan," tambah Lim.



Mereka bagaimanapun akan dapat menebus kekecewaan itu apabila berdepan Malaysia bagi memburu gangsa pada 16 Mei.



Dalam pada itu, skuad wanita Singapura, yang dihimpit beberapa kecederaan dan pemain yang baru pulih daripada Covid-19, kalah 1-3 kepada Thailand.



Lim, yang juga mengendalikan pasukan wanita Singapura, berkongsi bahawa beliau mengambil peluang untuk merehatkan senjata utamanya dalam perlawanan itu.



"Aksi hari ini adalah raptai untuk esok. Dengan beberapa perkara yang kami perhatikan secara taktikal pada hari ini, ia akan memberikan kami persiapan yang lebih baik untuk final esok," ujarnya.



Singapura telah berjaya ke final sebelum aksi pada Isnin selepas mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dengan tiga kemenangan berturut-turut.



Pada 16 Mei, mereka akan sekali lagi bertemu Thailand dalam pusingan akhir untuk merangkul hatrik emas di Sukan SEA.



Floorball ditampilkan dalam Sukan SEA sebanyak dua kali sebelum ini - pada 2015 dan 2019. Ia diperkenalkan sebagai sukan pertunjukan pada 2013 di Myanmar.




"Saya turut berasa kekecewaan pemain sebab kami memang benar-benar tekad untuk membawa balik emas untuk Singapura.
Kami tahu Thailand adalah lawan yang sukar...kami telah banyak berkembang secara taktikal, disiplin dan kematangan, lebih-lebih lagi dengan muka baru dalam pasukan. Kami akan melangkah ke depan dan belajar daripada kesilapan."
- Lim Jin Quan, jurulatih pasukan floorball Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >