Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan floorball wanita menang besar di Anugerah Sukan Singapura 2020

Oct 28, 2020 | 9:33 PM
MENANG BESAR: Pasukan floorball wanita negara dinobat Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan) dan jurulatihnya Louise Khng diiktiraf Jurulatih Terbaik di Anugerah Sukan Singapura 2020 pada Rabu malam (28 Oktober). - Foto THE STRAITS TIMES
MENANG BESAR: Pasukan floorball wanita negara dinobat Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan) dan jurulatihnya Louise Khng diiktiraf Jurulatih Terbaik di Anugerah Sukan Singapura 2020 pada Rabu malam (28 Oktober). - Foto THE STRAITS TIMES -

PASUKAN floorball wanita negara menang besar di Anugerah Sukan Singapura (SSA) 2020 pada Rabu malam (28 Oktober), membolot dua anugerah.

Pasukan itu, yang meraih pingat emas di Sukan Sea 2019 Filipina pada Disember tahun lalu, diiktiraf Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan).

Jurulatih pasukan floorball wanita Louise Khng pula dinobat Jurulatih Terbaik tahun ini.

Khng, 37 tahun, sekali gus menjadi jurulatih wanita pertama merangkul anugerah itu sejak ia diperkenalkan pada 1967.

SSA merupakan anugerah sukan tahunan paling berprestij dan eksklusif di Singapura. Ia mengiktiraf pencapaian cemerlang atlet Singapura di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sebanyak 12 anugerah disampaikan malam ini.

Anugerah tahun ini, yang dianjurkan Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) dengan sokongan Tote Board Group, diadakan dalam majlis tertutup di Hab Sukan Singapura dan disiarkan secara langsung di laman Facebook SNOC.

Speaker Parlimen dan presiden SNOC, Encik Tan Chuan-Jin dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, turut hadir menyampaikan anugerah.

Atlet sukan cue, Peter Edward Gilchrist dan atlet boling, Cherie Tan, membawa pulang anugerah tertinggi, masing-masing digelar Atlet Lelaki Terbaik dan Atlet Wanita Terbaik tahun ini.

ANUGERAH SUKAN SINGAPURA 2020

  1. Atlet Lelaki Terbaik

Atlet Lelaki Terbaik

Peter Edward Gilchrist (Sukan cue)

  1. Atlet Wanita Terbaik

Atlet Wanita Terbaik

Cherie Tan (Boling)

  1. Atlet Remaja Lelaki Terbaik

Atlet Remaja Lelaki Terbaik

Koen Pang (Tenis Meja)

  1. Atlet Remaja Wanita Terbaik

Atlet Remaja Wanita Terbaik

Amita Marie Nicolette Berthier (Lawan pedang)

  1. Jurulatih Terbaik

Jurulatih Terbaik

Louise Khng (Floorball)

  1. Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan)

Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan)

Pasukan floorball wanita

  1. Pasukan Terbaik (Acara)

Pasukan Terbaik (Acara)

Pasukan renang wanita gaya bebas 4x200 meter (Sukan Sea 2019)

  1. Pasukan Atlet Remaja Lelaki/Wanita (Acara)

Pasukan Atlet Remaja Lelaki/Wanita (Acara)

Pasukan beregu tenis meja lelaki (Sukan Sea 2019)

  1. Foto Sukan Terbaik

Foto Sukan Terbaik

Foto perenang Singapura Teong Tzen Wei mengalahkan juara bertahan Joseph Schooling dalam acara gaya kupu-kupu lelaki 50 meter di Sukan Sea 2019 Filipina oleh Andy Chua

  1. Kisah Sukan Paling Berinspirasi

Kisah Sukan Paling Berinspirasi

"Heroes are found on all types of wheels" oleh Rohit Brijnath dari The Straits Times

  1. Acara Sukan Terbaik (Antarabangsa)

Acara Sukan Terbaik (Antarabangsa)

Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura AIA 2019

  1. Acara Sukan Terbaik (Tempatan)

Acara Sukan Terbaik (Tempatan)

Maraton Standard Chartered Singapura 2019

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg