Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Pasukan floorball wanita negara mula misi pertahankan emas

Tewaskan tuan rumah Kemboja 16-0; S'pura turut menang pingat emas dalam tenis meja, lawan pedang dan e-sukan
May 12, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN floorball wanita Singapura memulakan pertahanan pingat emas mereka di Sukan SEA dengan pesta gol 16-0 ke atas tuan rumah Kemboja di Dewan Taman Dinosaur pada Khamis.



Dari awal perlawanan, Singapura, juara dua kali Sukan SEA (2015 dan 2019), mendominasi persaingan.



Pasukan nombor 13 dunia itu - ranking tertinggi dalam Asia Tenggara - hanya memerlukan lebih seminit pertama perlawanan untuk membolosi gawang Kemboja. Pada separuh masa pertama, Singapura mendahului 9-0.



Lima lagi gol dijaringkan pada babak kedua, dengan dua gol dalam separuh ketiga dan terakhir untuk menyempurnakan aksi pembukaan mereka.



Dua pendatang baru dalam skuad senior Singapura di Sukan SEA, Fasya Nadhirah Yusni, 21 tahun, dan Nasha Jeffri, 20 tahun, turut menemui sasaran pada petang Rabu.



Bagi Fasya, Sukan SEA 2023 adalah penampilan sulungnya di arena antarabangsa dan beliau gembira dapat menyumbang kepada kemenangan Singapura.



Mengulas mengenai persembahan Singapura, penyerang itu berkata: "Kami memulakan saingan dengan menang besar. Ia menunjukkan persediaan kami untuk temasya sukan ini."



Seorang lagi penyerang, Nasha, juga memiliki detik istimewa ketika menyumbat dua gol dalam aksi senior pertamanya.



Jaringan itu disaksikan ibu bapanya, yang terbang ke Phnom Penh untuk memberi sokongan.



"Ia sangat istimewa kerana mereka meluangkan masa untuk datang ke sini dan sokong saya. Saya mahu membanggakan mereka," kongsi Nasha.



Mereka seterusnya berdepan Malaysia pada 12 Mei.



Dalam pada itu, Singapura dihujani pingat emas pada hari keenam persaingan Sukan SEA 2023 menerusi sukan tenis meja, lawan pedang dan e-sukan.



Singapura kembali menjadi raja tenis meja Asia Tenggara apabila Clarence Chew, Koen Pang, Izaac Quek, Beh Kun Ting dan Ethan Poh menyapu bersih semua pesaing dalam acara berpasukan lelaki Sukan SEA.



Dalam perlawanan akhir pada Khamis, mereka menewaskan Malaysia 3-0 untuk merampas semula pingat emas yang kali terakhir dimenangi pada 2015 menerusi Chen Feng, Li Hu, Yang Zi, jurulatih pasukan lelaki semasa Gao Ning, dan Chew.



Ini juga merupakan kali pertama Singapura memenangi acara ini dengan skuad semua pemain tempatan sejak Tan Khoon Hong, Tan Kai Kok dan Chia Chong Boon melakukannya di tanah air pada 1973.



Pelawan pedang Singapura Si To Jian Tong menang pingat emas pertama Singapura dalam acara 'epee' individu.



Si To, 19 tahun, menewaskan Jose Noelito Garcia dari Filipina 15-11 dalam perlawanan akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



Keputusan terbaik negara sebelum ini dalam 'epee' lelaki ialah apabila Ronald Tan (1987 dan 1989), James Wong (1991) dan Lim Wei Wen (2007 dan 2015) memenangi perak.



Si To dinamakan sebagai pengganti dalam acara individu bagi veteran Samson Lee, yang digugurkan daripada skuad kerana terlepas tiga sesi latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >