Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI TUJUH SEPASUK S'PURA HSBC

Pasukan kelas dunia bakal 'gegarkan' Stadium Negara

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



MENJANGKAKAN aksi ragbi bertaraf dunia dan keseronokan yang tiada henti ketika menyaksikan pasukan ragbi tujuh sepasuk terbaik dunia kembali menggegarkan Stadium Negara hujung minggu ini, kata pengurus besar Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC, Steven Rodaway.



Kejohanan tahunan itu diadakan semula di sini selepas dua tahun 'rehat' akibat pandemik Covid-19. Edisi 2022 kejohanan itu juga adalah acara sukan pertama di Singapura di mana penonton yang hadir dibenarkan makan dan minum di tempat duduk mereka.



Ini menyusuli kelonggaran pada langkah pengurusan selamat Covid-19 yang berkuatkuasa sejak minggu lalu, sedang Singapura bergerak ke fasa endemik.



Berucap di satu sidang media semalam, Rodaway berkata: "Kami mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai di sini demi menganjurkan acara yang bermakna untuk penonton dan terutamanya, pasukan yang bertanding... kami komited untuk menyajikan acara sukan bertaraf dunia yang selamat dan menyeronokkan."



Di Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC, setiap penonton perlu menyerahkan hasil negatif ujian pantas antigen (ART) sebelum dibenar masuk ke stadium.



Ini boleh dilakukan di dalam talian dan mereka perlu menunjukkan bukti penyerahan berupa resit e-mel di pintu masuk.



Semasa berada di tempat duduk penonton, mereka pula dihadkan kepada kumpulan lima orang dan perlu mematuhi langkah jarak selamat.



Meskipun langkah keselamatan ditetapkan, Rodaway menjanjikan keseronokan untuk setiap lapisan usia dengan zon aktiviti yang menyeronokkan, taman permainan untuk kanak-kanak dan persembahan muzik.



"Apa yang dapat anda jangkakan... pertama, anda akan dapat lihat pemain terbaik dunia menunjukkan persembahan di tahap tertinggi dan kedua, anda akan menikmati pelbagai keseronokan lain," tambahnya.



Ketua Perkongsian, Acara Utama & Pembangunan Industri Sport Singapore, Galestiein Tan, pula berkata kejohanan ini memberi isyarat jelas bahawa Singapura mampu menganjurkan acara sukan yang besar secara selamat.



Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC akan menyaksikan kesemua 16 pasukan terbaik dunia bersaing buat pertama kali dalam musim 2021/2022.



New Zealand, yang terjejas oleh sekatan perjalanan, bakal membuat penampilan sulungnya musim ini di pusingan di Singapura manakala pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Fiji, kembali beraksi sejak pusingan Malaga pada Januari lalu.



Afrika Selatan, yang kini mendahului siri kejohanan 2022, adalah juara bertahan Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >